suria

Tuan rumah licik, perdaya penyewa dengan kontrak ikut sedap mulut... Siap suruh bayar ‘loan’ separuh sementara jumpa ‘tenant’ baru

Banyak perkongsian mengenai luahan penyewa yang dianiaya tuan rumah. -Gambar hiasan

SUDAH banyak perkongsian dipaparkan di media sosial mengenai isu yang timbul melibatkan penyewa dan pemilik kediaman gara-gara tidak mempunyai kontrak sewaan atau perjanjian hitam putih.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa apabila dianiaya pemilik rumah kerana tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian.

"Saya duduk rumah sewa milik seorang owner ni dah tiga tahun. Tapi sepanjang tiga tahun tu memang tak pernah sign apa-apa agreement daripada pihak owner. Hanya deal melalui WhatsApp saja.

"Jadi masa nak pindah keluar, saya bagi notis sebulan je... maksudnya last duduk bulan Julai.

"Tapi owner tu bising... dia cakap mesti tiga bulan notis. Sepanjang duduk tiga tahun tak pernah pula dengar dia mention tiga bulan notis tu," luahnya.

Tenancy agreement for rental lease and keys.

Setiap individu perlu menyemak perjanjian atau kontrak sewaan sebelum menyewa rumah. -Gambar hiasan

Enggan mengeruhkan keadaan, individu berkenaan berkata dia memilih untuk akur dengan arahan pemilik rumah bagi memudahkan urusan mencari penyewa baharu.

Malah dia bertindak membersihkan rumah, mengecat dan menggantikan peralatan yang rosak sebagaimana diminta pemilik rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi penyewa ‘rasmi’ rumah teres baru beli, pemilik sayu unit dilingkupkan! Sewa tak sampai 2 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa buat ‘magic’ dalam kontrak, tiba-tiba penyewa kena tanggung kos servis 4 aircond! Lelaki hilang deposit RM2,800

"Saya dah buat sampai owner puas hati termasuk cat semula dinding, ganti apa yang rosak, mop dan cuci lantai, kipas, habuk dan lantai luar rumah sekali.

"Jadi saya dah tangkap gambar sebagai bukti rumah tu dah bersih dan tiada kerosakan berpunca daripada kami. Owner datang tengok dia cakap okay rumah dah bersih.

"Dia panggil Indah Water untuk sedut kumbahan pun dia minta kami bayar RM192. Saya dah selesaikan. Jadi tanggungjawab saya sebagai penyewa dah selesai," ujarnya.

Buat apa la awak layan dan ikut cakap dia yang menindas awak tu? Patut keluar macam tu je.

NETIZEN

Bercerita lebih lanjut, individu berkenaan berkata, dia menyangka bahawa semua perkara telah selesai selepas mengikuti arahan pemilik rumah, namun tanggapannya meleset sama sekali.

"Dia hold duit utilities lagi RM200 untuk next bil api dan air bulan Ogos. Sedangkan saya duduk kejap saja bulan Julai, tak mungkin bil api dan air puluh-puluh ringgit.

"Lepas tu dia nak saya bayar loan rumah dia separuh-separuh dengan dia untuk Ogos. Sewa RM750 kena bayar separuh-separuh dengan dia sebab belum dapat tenant baru lagi.

"Jadi seorang RM375. Kami tak pernah setuju tapi dia cakap kami dah setuju. Apabila kami cakap tak pernah sign agreement, owner salahkan kami sebab tak pernah minta dia buat agreement," ujarnya.

KOMEN SEWA

Reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Perkongsian individu berkenaan meraih perhatian warga maya dengan rata-rata menyarankan supaya individu berkenaan tidak perlu tunduk dengan kehendak pemilik rumah.

Malah mereka menyarankan supada dia mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut semula haknya sebagai penyewa.

"Baiknya awak ni, ikut je telunjuk owner. Berkeras sikit, nanti lepas ni dia suruh awak bayarkan loan rumah dia pula.

"Awak terlalu baik buat segala-galanya tu. Abaikan je... kalau saya, block je dan tak payah layan dah. Melampau pula dapat tenant sebaik awak.

"Buat apa la awak layan dan ikut cakap dia yang menindas awak tu? Patut keluar macam tu je, tak payah nak cat dinding, repair apa semua," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain