suria

Dapat ‘order besar’, ibu tinggalkan anak di ICU beli barang buat kuih! Teruja bertukar duka, pelanggan batal tempahan

Seorang ibu tunggal terkilan pelanggan batal tempahan selepas dia mengeluarkan modal.

KEBANYAKAN peniaga akan mengambil wang deposit terlebih dahulu daripada pelanggan bagi mengelakkan risiko kerugian, terutama melibatkan tempahan dalam jumlah yang besar.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu penipuan dilaporkan di media sosial sehingga ada peniaga yang terpaksa 'gulung tikar' dan muflis.

Turut mengalami situasi sama, seorang peniaga kuih rose atau loyang berkongsi pengalaman selepas salah seorang pelanggannya membatalkan tempahan yang dibuat.

Menerusi akaun TikTok, ibu tunggal ini menyatakan bahawa luahan itu dibuat bagi menzahirkan kekecewaannya dengan sikap lepas tangan pelanggan terbabit.

Produk kuih rose atau loyang yang dihasilkannya.

Produk kuih rose atau loyang yang dihasilkannya.

"Saya tahu dia baca posting saya, cuma nak cakap... janganlah sampai block (nombor telefon) saya.

"Saya tahu dah tak ada rezeki di situ, tapi jangan buat saya macam pengemis. Saya ibu tunggal yang berjuang untuk anak-anak," luahnya sayu.

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikannya, pelanggan terbabit telah membuat tempahan sebanyak 15 balang kuih rose.

Dia kemudiannya membatalkan tempahan yang dibuat tanpa memberikan sebarang alasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena aniaya, peniaga terus ‘blocked’ pelanggan biadab! Suka hati suruh COD Thai salad roll hari lain

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita diuji ketika buat bisnes tampung kos rawatan ibu... ejen batal tempahan, stok sampai hampir semuanya remuk

Peniaga itu berkata, dia telah mengeluarkan modal bagi membeli barang-barang keperluan untuk membuat kuih yang ditempah.

"Kak, saya dah beli barang-barang nak buat kuih akak. Tiba-tiba akak batal tempahan macam ni.

"Sekarang macam mana saya nak cari balik modal tu kak," ajunya kepada pelanggan terbabit.

Dia yang berharap pelanggan terbabit bertukar fikiran, bagaimanapun menerima jawapan mengejutkan.

Lain kali minta deposit separuh, saya memang apa-apa minta deposit... kadang-kadang ada yang tipu kita.

WARGA MAYA

Pelanggan terbabit menyalahkannya kerana tidak mempunyai wang bagi membuat modal pusingan dan mengharapkan produk dibeli semata-mata.

Meskipun sedih dengan kata-kata tersebut, wanita ini tetap merayu kepada pelanggannya supaya tidak membatalkan tempahan yang dibuat.

Malah dia menceritakan situasi yang dialami supaya pelanggannya dapat berubah fikiran.

"Akak pun tahu saya jual kuih sebab nak cukupkan duit sewa rumah dan untuk belanja anak dalam ICU (unit rawatan rapi).

Selain menasihati warga maya turut memberikan kata-kata sokongan kepadanya.

Selain menasihati warga maya turut memberikan kata-kata sokongan kepadanya.

"Saya terkejar-kejar tinggal anak dalam wad sebab nak beli barang-barang (tempahan) akak. Bayar tambang Grab lagi untuk membeli barang," rayunya lagi.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya bersimpati dengan nasib yang dialami.

Beberapa pelayar TikTok lagi menasihatinya supaya mengambil deposit terlebih dahulu bagi mengelakkan kerugian berulang.

"Lepas ni kalau nak ambil tempahan yang banyak, minta dia letak deposit dulu kak. Sekurang-kurangnya 30 peratus daripada harga tempahan, sebab manusia ni selagi tidak ada yang terikat, selagi itu dia tak akan kisah.

"Lain kali minta deposit separuh, saya memang apa-apa minta deposit... kadang-kadang ada yang tipu kita.

"Beringatlah selepas ini, minta duit deposit sebelum terima tempahan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain