SUDAH menjadi kebiasaan bagi kebanyakan ibu bapa yang suka menilai kejayaan anak dengan melihat buku laporan prestasi akademik mereka di sekolah. Begitu juga dengan seorang ibu dikenali sebagai Sha, yang meluahkan rasa sedikit terkilan selepas melihat keputusan peperiksaan sekolah agama anak lelakinya, Umar Hakim. Menurut Sha, keputusan yang diperolehi anaknya itu amat berbeza jika dibandingkan dengan pencapaian akademik dirinya sewaktu bergelar pelajar dahulu yang mana dia mendapat keputusan jauh lebih bagus. "Sebelah pagi pergi tanda tangan kad laporan. Agak kecewa dengan keputusan anak, lagi-lagi dapat tahu dia kelas kedua. Mesej diterima Sha menceritakan keperibadian anaknya. "Saya ingatkan sama macam sekolah kebangsaan, tak ikut ranking. Juga sebab masa saya darjah satu hingga tiga, saya boleh kuasai hampir semua peperiksaan. "Jadi bila dia tak mampu nak campai macam mana saya buat, perkara itu memberikan saya sedikit rasa hampa," ujarnya. Namun, dalam hantaran yang sama, Sha turut menunjukkan tangkap layar satu mesej yang diterima daripada ibu kepada kawan anaknya itu, bernama Syed Umar. Kata ibu Syed Umar, dia mahu memberikan sedikit penghargaan kepada Umar Hakim kerana kebaikan yang dilakukan di sekolah. ARTIKEL BERKAITAN: Guru ganti beremosi pelajar biadab, naik kepala bila berlembut... Esoknya terus ubah sikap jadi cikgu tegas, serius dalam kelas ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah tak ajar, harapkan sekolah semata-mata... Guru dedah ramai pelajar tak tahu solat! Risau fikir masa depan negara "Anak puan nama Umar Hakim kan? Nanti boleh tak minta Umar ambil hadiah daripada Syed Umar? Hadiah sebab Umar Hakim dengan Afiq Irsyad je yang sudi pinjamkan pensel untuk Syed Umar hari tu. "Hari tu dia tertinggal kotak pensil. Nak buat kerja sekolah, tak dapat. Jadi dia minta pinjam dekat kawan-kawan. Yang lain semua tak bagi pinjam dan mengadu dekat ustazah. "Sampai ustazah pun mesej saya. Saya tak salahkan ustazah juga sebab memang salah anak saya. Cuma sebagai penghargaan kecil untuk Umar Hakim sebab sudi jadi kawan luar biasa," tulis ibu Syed Umar dalam mesej tersebut. Melihat mesej tersebut membuatkan persepsi Sha terhadap anaknya terus berubah. Berbangga la kak ada anak yang ada hati besar. Di zaman 2024 ni, tak semua manusia ada hati. NETIZEN Ternyata anak lelakinya itu memiliki sahsiah yang baik sehingga Sha akhirnya berasa bersalah kerana sebelum ini mengkur kejayaan anak berdasarkan akademik semata-mata. "Mungkin saya tidak sepatutnya kecewa bila anak tak dapat score dalam peperiksaan. "Cemerlang seseorang anak tak patut dinilai daripada akademik sahaja tapi dari segi sahsiahnya juga," ujar Sha lagi. Hantaran Sha ini juga bertujuan untuk memberi peringatan kepada golongan ibu bapa supaya menghargai sekecil-kecil pencapaian anak. Dalam hantaran sama juga, Sha turut berkongsi kisah anaknya yang sanggup berkongsi makanan dengan rakannya di sekolah walaupun dia seorang kanak-kanak yang jenis makan banyak. Komen netizen di TikTok. Jika dilihat di TikTok, warga maya turut memberi respons susulan hantaran dibuat oleh Sha. "Ibu... Bahasa Arab dia score tu 95 peratus. Yang lain tu pejam mata je la bukan gagal pun. "Berbangga la kak ada anak yang berjiwa besar'. Di zaman 2024 ni, tak semua manusia ada hati. "Semoga anak puan didekatkan dengan insan yang baik sepanjang perjalanannya. Terus jalan Umar. InsyaAllah, Dia bagi yang terbaik untuk awak sebab hati bersih," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube