BERKAT kesabaran bertahun-tahun, saat yang paling dinanti-nantikan akhirnya muncul. Penantian selama sedekad untuk mendapatkan zuriat berakhir apabila seorang lelaki akhirnya dapat menimang cahaya mata sendiri. "Kenapalah Allah lambat bagi petunjuk untuk saya jumpa doktor? "Saya tak sangka, setelah 10 tahun menunggu dan selepas dua kali perkahwinan, akhirnya saya dikurniakan zuriat," luah seorang lelaki dengan penuh rasa syukur. Seorang pesakit mengalami masalah mati pucuk. -Gambar hiasan Momen gembira lelaki itu dikongsikan doktor dan juga pempengaruh media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang, 38, di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Rajin jual kopi, Datuk Red mampu bayar hutang RM7 juta dalam masa 3 tahun... Dr Samhan nak bantu sampai bebas muflis ARTIKEL BERKAITAN: Bahu nampak ‘jatuh’, bawah mata lebam... Doktor terkejut dengar luahan ibu tunggal datang minta MC, bos paksa kerja sampai pengsan! Pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Samhan ini berkata, kegembiraan pesakit itu disaksikannya sewaktu sesi konsultasi di klinik kesihatan lelaki di Kuala Lumpur. Menurutnya, pesakit lelaki itu baru berusia 34 tahun dan menetap di Johor sebenarnya sudah lama mengalami masalah mati pucuk, sejak perkahwinan pertama. Sesi rundingan Dr Samhan bersama seorang pesakit. FB Ahmad Samhan "Perkahwinan pertamanya tak dapat zuriat, dan sekarang perkahwinan kedua dah masuk dua tahun pun masih belum ada anak. Kesannya, selepas 10 tahun tanpa zuriat, keyakinan diri dia terus merudum. Susah nak bersama isteri. "Pesakit dah buntu, dan dah hilang arah nak ambil rawatan daripada siapa," kata Dr Samhan ketika dihubungi mStar. Berpengalaman selama tujuh tahun dalam bidang perubatan, Dr Samhan berkata, pesakit itu sudah mencuba pelbagai rawatan sebelum ini tetapi tidak berkesan. "Dia dah hilang kepercayaan dekat sumber rawatan yang lain sebab selama ini tak menjadi," ujarnya. Selepas 10 tahun tanpa zuriat, keyakinan diri dia terus merudum. DR AHMAD SAMHAN AWANG PENGAMAL PERUBATAN Menurut Dr Samhan, pesakit itu juga sanggup berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur setiap minggu, semata-mata untuk berjumpa dengannya. "Berjumpa dengan saya adalah usaha terakhirnya untuk mencari penawar, sebab semua rawatan yang dia cuba sebelum ini tak berkesan, "Dia dapat tahu terdapat rawatan mati pucuk yang boleh rawat secara semulajadi menggunakan kaedah angiogenesis," ujarnya. Pesakit sanggup berulang dari Johor ke Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. -Gambar hiasan Menerusi satu sesi rundingan, katanya, selepas tiga sesi, dia kemudian mahu membuat pengumuman berita gembira. "Saya sebenarnya ada berita gembira nak beritahu doktor," dia kata sambil senyum lebar. Saya tanya, sambil cuba tahan rasa curious. "Dia mendekatkan badannya ke arah saya, macam nak rahsiakan sesuatu. Isteri saya mengandung, doktor!" MasyaAllah, memang tak sangka! "Tak sia-sia saya ulang-alik dari Johor ke KL setiap minggu, tambahnya dengan penuh rasa syukur. "Saya datang untuk rawat mati pucuk, tapi Alhamdulillah, dapat sekali pakej zuriat!" katanya, dan kami pun terus gelak gembira dalam bilik konsultasi tu," katanya mengimbas kembali perbualan tersebut. Sehubungan itu, Dr Samhan menasihatkan kaum suami agar melakukan sesuatu dan berusaha tanpa mengenal erti putus asa sekiranya mengalami masalah kesihatan seperti mati pucuk. "Fikirkan betapa besar nilai kebahagiaan rumah tangga anda. Letak rasa malu kat tepi, dapatkan rawatan dulu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube