suria

Wanita terkedu saksi lelaki miskin! Sanggup minta 50 sen nak isi minyak motosikal, tak sedap hati suami cuma bagi RM3

Setiap individu tidak terlepas daripada diuji dalam kehidupan. -Gambar hiasan (kanan)

JAUH perjalanan, luas pemandangan.

Ungkapan itu jugalah yang membuka mata seorang wanita yang menyedari hakikat masih ada masyarakat di sekelilingnya yang hidup dalam serba kekurangan.

Melalui satu video tular di laman TikTok, wanita dikenali sebagai Noorjanah Ibrahim ini sayu apabila melihat seorang lelaki di stesen minyak yang sedang dihimpit kesusahan dalam satu pertemuan tidak sengaja.

Bukan semua insan berpeluang merasa hidup senang. -Gambar hiasan

Menurutnya, dia ketika itu sedang dalam perjalanan bersama suaminya untuk bercuti di Terengganu

"Cantik aturan Allah menggerakkan kami ke sana (Terengganu), perjalanan sejauh 116 kilometer (km) rupanya menjadi asbab untuk kami membantu individu ini. Niat asal kami cuma mahu melawat sebuah pantai yang viral, nak ambil gambar di situ.

"Ceritanya macam ni, waktu tu kami baru selesai menunaikan solat, tiba-tiba nampak ada seorang lelaki ni dia duduk selongkar beg dia macam mencari sesuatu. Kemudian dia tegur suami aku, dia tanya ada 50 sen tak, nak buat isi minyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi anak tersayang, bapa tebal muka minta bantuan... Tak mahu duit, cukup sekadar beg sekolah terpakai

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai terbakar, kemudian motor akhir sekali rumah... Suami isteri rayu bantuan teruskan hidup, 3 anak tiada baju raya

"Katanya rumah dia dekat depan tu je, suami pun hulurkan RM3. Seterusnya lelaki tu tolak motosikal dia untuk pergi isi dekat pam, rasanya memang dah habis minyak. Beg dia semua masih tinggal dekat situ.

"Aku rasa kesian, macam tu sekali dia punya terdesak, sampai sanggup minta 50 sen semata-mata nak isi minyak. Aku pun tanya suami kenapa bagi RM3 je, bagi la lebih sikit," ujar Noorjanah simpati.

Sekembali lelaki tersebut untuk mengambil barangan peribadinya, suami Noorjanah tampil memberikan sumbangan seikhlas hati.

Kebetulan sangat saya dan suami boleh berjumpa dengan lelaki tu, memang rezeki dia la orang cakap.

NOORJANAH IBRAHIM

"Suami bagi beberapa keping wang tunai dekat lelaki tu, terus menangis dia. Barangkali hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memang sangat memerlukan bantuan ini.

"Kebetulan betul saya dan suami boleh berjumpa dengan lelaki tu, memang rezeki dia la orang cakap. Kalau ikutkan, kami cuma nak pergi bersiar-siar di Kampung Jambu Bongkok dekat Marang, Terengganu, sebab bergambar di situ cantik.

"Alhamdulillah Allah hantar kami untuk bantu dia," kata Noorjanah menutup bicara.

Warga maya memberikan pujian.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menyanjungi kemurahan hati Noorjanah dan suaminya.

"Terima kasih orang baik, semoga yang apa yang diberikan akan dipulangkan dengan nilai berlipat ganda.

"Saya pun hari tu ada terserempak dengan pakcik ni duduk tolak motosikal di tepi tandas stesen minyak, dia tanya kalau ada seringgit untuk isi petrol motosikal dia.

"Tak sanggup rasanya nak bagi RM1 je, jadi saya bagi terus RM5," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain