MEMELIHARA dan menjaga kebajikan anak yatim piatu adalah tanggungjawab ibu dan bapa saudaranya. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kita sering didedahkan tentang kisah penganiayaan yang berlaku terhadap golongan tersebut yang berpunca daripada darah daging sendiri. Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita berkongsi pengalaman membesar sebagai anak yatim tanpa mendapat perhatian daripada bapa saudaranya. Wang sering menjadi punca putusnya silaturahim. -Gambar hiasan Memulakan cerita, ujar wanita ini, sejak berusia sembilan tahun dia telah menjadi anak yatim dan terpaksa hidup dalam keadaan sukar. Lebih malang lagi apabila, kebajikannya bukan sahaja diabaikan malah bapa saudaranya enggan mengambil peduli perihal dirinya mahupun adik-beradik yang lain. "Aku anak yatim sejak usia sembilan tahun, sepatutnya pakcik-pakcik aku yang ambil alih untuk sara aku adik-beradik. ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak kongsi payung jalan kaki tengah panas! Anak nak pergi temuduga, ibu ikut harap ada kerja kosong ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup pisahkan 3 beradik yatim, pasangan OKU tiada zuriat tawar diri jadi umi dan walid... Mahu mereka rasa erti sebuah keluarga "Tapi satu sen pun mereka tak pernah bagi," imbaunya sayu. Meskipun perlu menjalani kehidupan yang berliku, dia akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan bulanan tetap. Beranggapan dirinya dan adik beradik akan terus dilupakan, wanita ini tidak menyangka bapa saudaranya akan muncul semula selepas mereka dewasa dan menagih 'duit poket'. Pakcik tu wajib tanggung kau lagi, tapi kau tak wajib pun bagi duit kat mereka. Kalau mereka perli, abaikan je. WARGA MAYA Bukan itu sahaja, pelayar ini turut mendedahkan sikap bapa saudaranya yang gemar menyindir dan menyatakan dirinya kedekut kerana tidak pernah menghulurkan duit. "Sekarang aku dah kerja, dia siap perli aku kedekut sebab tak bagi duit dekat dia," tambahnya. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya selepas dikongsikan seorang pelayar X yang turut bersimpati dengan nasib dialaminya. Netizen turut bersimpati dengan nasibnya semasa kecil. Ramai yang meminta supaya dia mengabaikan permintaan bapa saudaranya selain menggelarkan individu tersebut sebagai tak sedar diri. "Buat tak tahu je, duit kau tu simpan untuk diri kau. Dia nak duit suruh minta dengan anak dia, kau kahwin pun tak payah jemput dia dan anggap tak ada apa-apa ikatan persaudaraan. "Pakcik tu wajib tanggung kau lagi, tapi kau tak wajib pun bagi duit kat mereka. Kalau mereka perli, abaikan je... tak kurang sesen pun duit kau sebab tak ada hak mereka. "Dugaan dunia dik. Arwah mak selalu pesan, biar orang buat jahat dekat kita tapi jangan kita buat jahat dekat orang. Kalau ada lebih tu bagi RM50, ingat amalan tu untuk saham akhirat kau nanti. "Kesiannya. Biarkan je pakcik kau tu, patutnya dia yang membantu. Semoga kau kaya dik, boleh bantu adik-beradik kau yang lain," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube