SETIAP wanita pastinya mengimpikan bakal suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Namun sejak mendirikan rumah tangga, wanita ini mula merasakan perubahan terhadap suaminya gara-gara dipaksa untuk berhenti kerja. Bukan tidak mahu bergelar suri rumah, tetapi dia perlu mempunyai pendapatan bagi melangsaikan hutang pinjaman pendidikan. Wanita itu memberitahu, dia sebelum ini menyambung pengajian dalam jurusan farmasi di sebuah universiti tempatan dan pernah berkhidmat sebagai ahli farmasi. Seorang wanita buntu memikirkan hutang pinjaman pendidikan yang tertunggak. -Gambar hiasan Menurutnya, suaminya telah sedia maklum mengenai kos pengajiannya sebelum mereka mendirikan rumah tangga. “Aku ada pinjaman pendidikan RM70,000. Aku kerja sampai enam bulan kahwin, suami aku paksa untuk berhenti kerja. “Dulu dia okay je, tak pasti bila dia terpengaruh dengan 'gerakan' isteri harus duduk di rumah. Tiba-tiba saja dia paksa,” katanya menerusi satu luahan di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi ARTIKEL BERKAITAN: Isteri merajuk suami beli Honda FL5! Siap keluar simpanan 6 angka bayar down payment... Cita-cita nak berhenti kerja terbantut Bagaimanapun katanya, cadangan suami mendapat bantahan kedua-dua ibu bapanya. “Mak ayah aku tak bagi (berhenti kerja) tapi suami aku tetap paksa. Jadi, aku resign la,” katanya yang akur dengan arahan suami. Keputusan untuk meletakkan jawatan itu menyebabkan sumber pendapatannya terhenti, sekali gus menjejaskan bayaran balik pinjaman pendidikan. Isteri tak bekerja hanya mengharapkan nafkah daripada suami. -Gambar hiasan Disebabkan bayaran balik pinjaman tersebut tertunggak, dia kemudian meminta suaminya supaya menyambung membuat pembayaran semula. Namun respons yang diberikan suaminya benar-benar mengejutkan sehingga timbul rasa kesal kerana berhenti kerja secara tergesa-gesa. Sekurang-kurangnya bagilah isteri selesaikan segala hutang dia dulu, baru suruh berhenti. WARGA MAYA “Aku suruh suami aku bayar, dia cakap tak nak sebab loan tu bukan nafkah wajib dia. “Tak kasi nafkah wang, jadi macam mana aku nak guna wang tak wujud tu untuk bayar loan,” katanya yang buntu dengan situasi dihadapinya itu. Luahan wanita itu mengejutkan rata-rata warga maya yang berang dengan sikap lepas tangan suaminya yang dianggap tidak bertanggungjawab. Hubungan suami isteri renggang kerana tiada persefahaman. -Gambar hiasan Malah, segelintirnya menyarankan wanita berkenaan supaya kembali berkerja bagi menampung bayaran semula pinjaman dan segala perbelanjaan lain. “Ego ke? Kalau tak nak tanggung masalah orang, kenapa dia buat keputusan untuk orang lain? Izinkan je la. Biarlah isteri tu kerja bayar hutang sendiri. “Ini suami aniaya isteri. Sekurang-kurangnya bagilah isteri selesaikan segala hutang dia dulu, baru suruh berhenti. “Mohon kerja balik. Cakap kat suami hang yang hang kena kerja sebab ada hutang yang perlu dilangsaikan,” demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube