SELAIN untung dan rugi, kerenah pelanggan juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi golongan peniaga. Ragam pelanggan yang terlebih cerewet, kurang sopan dan tiada common sense ini ada kalanya mampu membuatkan peniaga sakit kepala. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang peniaga makanan dalam talian (online) berkongsi pengalamannya berdepan dengan kerenah beberapa pelanggan yang bukan sahaja tiada common sense, malah terlalu berkira membabitkan caj yang dikenakan. Menerusi hantaran tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp dengan beberapa pelanggannya itu, sambil meluahkan rasa kesal apabila rata-ratanya tanpa segan silu membangkitkan mengenai caj penghantaran yang didakwa mahal dan tidak wajar. Peniaga berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila berdepan dengan pelanggan yang berkira. "Jarak yang nak dihantar lebih kurang 11 kilometer hingga 12 kilometer (km). "'Bagi alamat saya nak check'. Dan saya pun bagi location. 'Oh jauh juga ya'. "Sikit pun saya tak makan duit delivery tu. Kadang-kadang saya pula yang lebihkan untuk Lalamove. RM12.70 genapkan terus RM13. "Sebab saya tahu, tak miskin pun kalau saya sedekah. Saya pun tak penat nak drive, hadap jammed, angkat kotak... malah saya mungkin dapat tolong runner yang tengah tak ada job," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pening layan kerenah pelanggan COD, abang kurier pandai-pandai genapkan harga... Bukan kedai runcit sentiasa ada duit ‘pecah’ ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan maki bertubi-tubi, mengamuk biskut lambat sampai... Seller balas lembut, miliki kesabaran tahap tertinggi Apa yang lebih teruk, ada juga pelanggan yang tanpa rasa bersalah meminta caj penghantaran diberikan secara percuma. Saya jenis malu nak minta diskaun caj penghantaran sebab tahu, kalau saya keluar beli sendiri ada kos masa, minyak dan tenaga. NETIZEN "Delivery nak pukul 5 pagi, sampai hati minta free delivery. Kalau awak tak sanggup nak keluar gelap-gelap macam ni, memang kena keluar modal untuk delivery. "Runner yang datang pick-up cari makan kak... saya nak bagi upah apa dekat dia? "Jarak delivery ke tempat akak 9km. Kalau duduk satu taman dengan saya, Insya-Allah free," tulisnya lagi. Perkongsian peniaga berkenaan mengundang perhatian warga maya sehingga meraih lebih 59,000 jumlah tontonan. Sebahagian komen warga maya yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing. Menjengah ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati seakan-akan memahami situasi yang dihadapinya, malah turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Faham sangat. Saya pernah nak caj RM10 untuk delivery 24km. Customer tak jadi beli sebab mahal delivery padahal saya dah berlebih kurang. "Saya jenis malu nak minta diskaun caj penghantaran sebab tahu, kalau saya keluar beli sendiri ada kos masa, minyak dan tenaga. "Aku kalau bab order makan dekat seller kecil memang tak minta diskaun... berapa je untung mereka. Sabar ya sis," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube