KEBANYAKAN pelanggan sering mengadu tentang harga makanan di restoran yang dikatakan mahal sejak kebelakangan ini. Rata-rata pelanggan beranggapan ia berpunca daripada ketamakan pengusaha atau peniaga yang ingin mengaut keuntungan berganda. Bagaimanapun, melalui satu video tular di laman TikTok, seorang pemuda tampil berkongsikan realiti sebenar yang dihadapi golongan peniaga menyebabkan harga jualan terpaksa dinaikkan. Makanan yang dijual perlulah berpatutan harganya. -Gambar hiasan Menurut pemuda itu, pelanggan tidak memahami bebanan kos yang harus ditanggung peniaga dalam situasi tertentu. "Ini contoh apa yang boleh terjadi dekat peniaga, macam saya hari ni, peti sejuk tiba-tiba bermasalah. Akhirnya perapan ayam yang dibuat pada malam sebelum menjadi rosak dan terpaksa dibuang. "Saya ni berniaga nasi ayam 'claypot', biasanya 30 ekor ayam akan diperap malam sebelum berniaga tu. Kami tak boleh buat perapan pada hari sama atau sebelum masak. Inilah risiko apabila kita berniaga 'claypot' ni. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan maki bertubi-tubi, mengamuk biskut lambat sampai... Seller balas lembut, miliki kesabaran tahap tertinggi ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tuduh peniaga harumanis aniaya pelanggan, marah jual sekilo RM30! Siap ajak boikot di Facebook "Jadi apabila peti sejuk tak cukup dingin, bakteria dalam perapan ayam tu senang merebak dan menyebabkan perapan rosak. Dah jadi macam ni, kami pun kena la buang perapan tu, tak kan nak jamu lagi dekat pelanggan. "Dekat sini je dah berapa ratus ringgit rugi, sayang tengok semua ayam terbuang macam tu je. Oleh itu, tolong fahami kami (peniaga), bukan sengaja nak diletakkan harga macam tu," jelas pemuda tersebut. Tambah pemuda itu lagi, selain timbulnya isu tidak diduga, kos lain seperti gaji pekerja dan keperluan barang dapur juga perlu diambil kira. Begitulah lumrah peniaga, kalau untung senyap je, kalau rugi terus bermacam alasan keluar. WARGA MAYA "Kami masak 'claypot' guna arang, sehari kami biasa gunakan arang dalam RM50 macam tu, itu pun kalau hari yang tak ramai orang. Kalau waktu pelanggan ramai, lagi banyak arang kami kena guna. Sebulan dah RM1,500 untuk arang je. "Kalau kedai 'claypot' lain murah, itu mungkin sebab mereka gunakan dapur gas. Lagi satu nak bayar pekerja. Alhamdulillah gerai kami dapat sambutan yang memberangsangkan, tapi apabila dah banyak pelanggan, pekerjanya pun kena ramai. "Kalau tidak nanti servis mula lembab dan pelanggan tak puas hati. Jadi kami kena tambah pekerja. Kesimpulannya, kami letak harga sekian-sekian untuk makanan ni bersebab, bukan kerana nak pergi haji balik hari," terangnya. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dilihat tidak begitu bersetuju dengan penjelasan yang dikemukakan pemuda itu. "Peti sejuk rosak bukan masalah kami (pelanggan), maksudnya kalian (peniaga) gagal buat penyelenggaraan. Apa kaitan dengan tiba-tiba naikkan harga makanan pula? Tak kan la kami nak kena bayarkan. "Aku dulu jadi pembekal arang dekat kedai sate, mereka biasa beli pukal, 20 kilogram baru RM45 hingga RM50 macam tu. Macam ni baru cara betul nak berniaga kalau kena banyak guna arang. "Begitulah lumrah peniaga, kalau untung senyap je, kalau rugi terus bermacam alasan keluar," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube