SOLAT merupakan tiang agama yang tidak sepatutnya diambil enteng. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memupuk anak-anak supaya rajin menunaikan sembahyang terutamanya solat fardu lima waktu sehari. Walaupun begitu, melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang individu menzahirkan rasa rimas susulan ibu bapanya didakwa kuat mengongkong dalam perihal solat. Masih wujud segelintir masyarakat yang meninggalkan solat secara sengaja. -Gambar hiasan Menurut individu itu, dia merasakan seolah-olah tidak dipercayai ibu bapa sendiri walaupun usia sudah meningkat dewasa. "Umur aku dah 24 tahun, tapi ibu bapa aku masih susah nak percaya kalau aku solat atau tidak. Setiap kali masuk waktu solat, mereka akan pergi tengok bilik air basah atau tidak "Kononnya kalau kering, maknanya aku tak ambil wuduk dan aku tak solat. Aku kecewa sangat dengan benda ni, mereka tak pernah percaya aku. Ingat aku ni masih budak kecil ke nak dikawal macam tu lagi? ARTIKEL BERKAITAN: Pelacur syukur doa supaya polis datang tangkap dimakbulkan, rela diri dipenjara! - “Kakak ni anak imam” ARTIKEL BERKAITAN: Semua belanja ditanggung, suami terkejut isteri ada hutang loan peribadi 360K! Ugut cerai jika ditanya, ajak bincang "Sampai satu tahap aku dah penat sangat, aku terus tak solat. Aku cuma pergi basahkan bilik air supaya ibu bapa aku tak bising, kemudian aku tinggalkan je solat tu. "Aku tahu apa yang aku buat ni salah, tapi aku sedang cuba berjuang dan kadang tu rasa macam nak mengalah je," demikian kata individu itu hampir pasrah. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya dilihat berbeza pandangan mengenai topik yang diketengahkan. Ibu bapa pun kena berpada-pada nak tegur anak, mereka juga ada perasaan... jangan terlalu menekan. WARGA MAYA "Solat ni memang tugas ibu bapa untuk ingatkan, kalau mereka gagal, nanti Tuhan akan hisab mereka di akhirat kelak. Kau tu pun umur dah 24 tahun, kenapa masih duduk lagi dengan ibu bapa? Kalau nak kebebasan, belajar berdikari. "Sudahlah menipu ibu bapa, lepas tu berbohong dengan Allah SWT, macam mana nak berkat hidup? Biarlah sejahat mana pun, solat jangan tinggal, insya-Allah secara perlahan-lahan boleh baiki diri. Pelayar bertukar pandangan. "Tapi aku faham perasaan adik ni, aku juga pernah ada ibu bapa yang paranoid. Waktu tu aku datang bulan, ibu tanya aku dah solat ke belum, aku cakap tak boleh, tapi ibu tak percaya. Akhirnya aku tunjuk pad berdarah dekat ibu, puas hati! "Ibu bapa pun kena la berpada-pada kalau nak tegur anak, mereka juga ada perasaan, jangan terlalu menekan. Beri ruang untuk mereka belajar sendiri," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube