suria

Abang saudara teman pergi tandas, siap tolong basuh kemaluan... Budak 6 tahun mengadu tak selesa tapi mama tutup mulut!

Ramai ibu bapa tidak menyedari kewujduan pedofilia dalam kalangan insan terdekat. -Gambar hiasan

PELAKU pedofilia sebenarnya ada di sekeliling kita, namun kewujudan mereka sering tidak disedari.

Malah terdapat kes pedofilia yang tidak dilaporkan kepada polis kerana ia berlaku dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Di platform X, seorang individu turut berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa jenayah seksual ketika di zaman kanak-kanak.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Mangsa jenayah seksual biasanya berdepan trauma berpanjangan dala hidup mereka. -Gambar hiasan

"Tentang pedofilia tu, aku pernah jadi mangsa pedofilia oleh abang saudara, jauh beza umur... sebab tu ibu bapa aku percaya sangat.

"Masa umur enam tahun, aku duduk rumah nenek. Ibu bapa aku sibuk berniaga. Jadi setiap petang, mak aku akan suruh abang saudara yang berumur 20 tahun ni hantar aku naik motor balik rumah," ujarnya memulakan cerita.

Dakwa pengadu, pelaku memberi layanan yang sangat baik sehingga sanggup menemaninya untuk pergi ke tandas.

Tak buat laporan polis pun... sejak tu aku tak boleh naik motor dengan sesiapa melainkan bapa aku.

PENGADU

Namun apa yang berlaku, dia mendakwa dicabul abang saudara sendiri yang mengambil kesempatan atas sifat naifnya pada waktu itu.

"Dia ni nampak baik, selalu cakap baik-baik. Gosok kepala, bagi makan. Selalu sebelum balik, dia akan bawa pergi tandas untuk aku kencing. Dan bersihkan (kemaluan) aku lepas habis kencing.

"Sampai suatu hari, lepas aku kencing, dia keluarkan kemaluan dia," ujar pengadu yang mendakwa pelaku turut melakukan ejakulasi ketika kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa punggung dipegang” - Wanita trauma dicabul di kedai serbaneka, dedah wajah lelaki gatal

ARTIKEL BERKAITAN: Rider 'jambu' terkedu dicabul, turut permintaan bapok suruh panggil 'Alia' - “Encik jangan la macam ni, takut saya”

Pengadu turut memaklumkan hal itu kepada ibunya, namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas pelaku.

Sejak kejadian itu, pengadu berkata dia tidak pernah berbual dengan pelaku meski pun mereka kerap berjumpa di majlis-majlis keluarga.

x (1)

Tidak mustahil sekiranya pelaku pedofilia itu ada dalam keluarga kita. -Gambar hiasan

"Masa tu aku tak tahu itu air mani. Dia cuci dan dia cakap jangan beritahu mama. Tapi balik tu aku terus beritahu mama. Mama tanya sakit ke tak. (Aku jawab) tak sakit.

"Tak buat laporan polis pun. Sejak tu, aku tak boleh naik motor dengan sesiapa melainkan bapa aku. Selaluynya mak aku akan jemput.

"Sampai sekarang aku ingat cecair putih tu dan tak bercakap dengan abang saudara aku tu walaupun selalu jumpa masa majlis keluarga. Pedofilia ni dari dulu dah ada," ceritanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia