suria

“Sepanas minyak dalam kuali dia!” - Wanita hampir hilang sabar, peniaga pisang goreng tak mengaku silap pulang baki tak cukup

Proses jual beli perlu dilakukan dengan tulus untuk mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan

SABAR itu sebahagian daripada iman.

Namun dalam meniti kehidupan harian, ada kalanya timbul konflik yang boleh menguji kesabaran seseorang hingga ke tahap maksima.

Melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisah menjengkelkan apabila dia hampir hilang sabar ketika membeli makanan di sebuah gerai pisang goreng.

Pisang goreng merupakan menu pilihan untuk minum petang. -Gambar hiasan

Menurutnya, pengusaha gerai terbabit bersikap sambil lewa apabila memulangkan baki wang bagi pembeliannya.

"Kisah hari ini, saya hulur RM20 untuk pisang goreng bernilai RM2 yang saya beli. Ketika tu memang tiada duit kecil. Tiba-tiba dia (peniaga) pulangkan baki cuma RM8, mungkin tersalah tengok warna duit, ingat saya hanya bagi RM10.

"Saya pun beritahu peniaga tu, saya bagi RM20 sebenarnya. Tapi masalahnya, peniaga tu seolah-olah tak percaya saya, dia mencari RM10 dalam bekas duit dia tu, yang kononnya saya bagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terang-terang nampak butang ‘pay’, pelanggan kantoi tipu bayar guna kod QR... Peniaga pasar malam hilang sabar, hempuk guna sudip!

ARTIKEL BERKAITAN: Penjual nasi lemak ditipu pelanggan buat pembayaran guna kod QR... Bayar lebih lepas kantoi, minta maaf

"Saya pun cakap dekat peniaga tu sekali lagi... betul kan saya bagi RM20? Tetap juga peniaga tu tak mahu mengalah, akhirnya dia hulurkan RM10 dekat saya dan berkali-kali cakap, tak mengapa.

"Apa lagi, saya pun terus panas la, sepanas minyak dalam kuali peniaga tu. Benda kita makan jadi darah daging sendiri, takkan nak menipu pula. Kepada peniaga, tolong la peka perbezaan warna duit ni," ujar wanita terbabit geram.

Ketegangan kemudiannya tercetus sehingga mereka yang berdekatan terpaksa masuk campur untuk meredakan keadaan.

Selalu juga kena macam ni, apabila kita tegur muka peniaga tu mencuka je... seperti kita pula yang menipu.

WARGA MAYA

"Saya memang tak puas hati, nasib baik ada orang sebelah tolong redakan. Tak sangka ada juga peniaga begini, apabila saya makan pisang goreng tu, tak la sedap mana pun.

"Suka-suka je nak untung atas angin. Saya jadikan iktibar lepas ni, kalau nak beli dekat gerai pastikan ada duit kecil, kalau tiada pun usahakan juga sampai dapat, berbanding nak kena hadap situasi menyakitkan hati macam ni.

"Apabila fikir balik, benda ni tak akan jadi isu kalau peniaga tu sediakan kod QR daripada awal untuk buat pembayaran secara atas talian," katanya menutup bicara.

Kod QR antara alternatif yang memudahkan untuk membuat pembayaran. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi pengalaman mereka dalam situas hampir serupa.

"Selalu juga kena macam ni, apabila kita tegur, muka peniaga tu mencuka je, seperti kita pula yang menipu.

"Saya pernah beli pisang goreng, tunggu baki tak dapat-dapat, kemudian peniaga tu tanya saya ada tambah apa-apa ke? Saya cakap nak baki, baru dia sedar, tapi saya maafkan la sebab waktu tu tengah ramai orang.

"Kalau nak bagi duit dekat peniaga ketika membeli, pastikan tunjuk not tu secara jelas supaya mereka nampak. Saya siap sebut... ini RM20 ya," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain