suria

Bakal suami ‘offer’ nafkah RM6,000 sebulan termasuk kad kredit, syaratnya berhenti kerja... Wanita serba salah, rasa macam tak cukup

Selain kerjaya di pejabat, wanita yang sudah berkahwin juga punya tanggungjawab di rumah. -Gambar hiasan

SETIAP wanita pastinya mahu kehidupan yang bahagia apabila berkahwin, termasuklah kesenangan dan kemewahan bersama suami tercinta.

Segelintir suami pula lebih memilih agar isteri mereka berhenti kerja kerana boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam rumah tangga.

Namun bagi wanita yang sudah mempunyai kerjaya sebelum berkahwin, pastinya berhenti kerja merupakan satu keputusan amat besar.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Menurut seorang wanita berusia 27 tahun, dia bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya tidak lama lagi.

Dalam kesibukan menjelang hari istimewa itu, mereka sudah mula berbincang mengenai perancangan selepas berkahwin termasuk permintaan supaya dia menjadi suri rumah sepenuh masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami paksa isteri ‘resign’ lepas 6 bulan kahwin, enggan bayarkan hutang loan pendidikan 70K... Pandai-pandailah fikir sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka suami sanggup scam bini sendiri! Masa bercinta izin jadi suri rumah, lepas kahwin tak bagi resign

"(Bakal) suami suruh berhenti kerja lepas kahwin. Gaji aku sekarang RM5,000, dia kata lepas kahwin dia boleh tanggung semua komitmen aku," katanya.

Menerusi luahan di laman X, wanita itu memaklumkan tunangnya akan memberi nafkah dan kuota penggunaan kad kredit setiap bulan.

Bakal suami meminta untuk menjadi suri rumah selepas berkahwin. -Gambar hiasan

Namun, timbul persoalan sama ada nafkah yang akan diberikan kepadanya apabila bergelar suri rumah itu mencukupi atau tidak.

"Dia akan bagi nafkah sebanyak RM3,000 dan kuota penggunaan kad kredit RM3,000 juga dalam sebulan.

"Masalahnya cukup ke?" ujar wanita berkenaan tanpa mendedahkan gaji bakal suaminya itu.

Luahan tersebut bagaimanapun mendapat reaksi berbeza dalam kalangan warga maya yang menyifatkan wanita itu tidak tahu menghargai kerana nafkah yang diberikan suami sebenarnya lebih daripada mencukupi.

Lebih baik jangan berhenti kerja, kita tak tahu masa depan apa akan jadi... sekarang mungkin suami berduit.

WARGA MAYA

Ini kerana gajinya kini sebanyak RM5,000, manakala jumlah tanggungan suaminya adalah RM6,000 iaitu pertambahan sebanyak RM1,000.

"Orang tamak selalu rugi. Kalau kita bersyukur nanti Allah tambah lagi rezeki tu. Kalau nak fikir cukup ke tak, bagi sejuta sebulan tu belum tentu cukup.

"Kalau kerja (gaji) RM5,000, tak kerja diberi (nafkah) RM6,000. Bukan tak cukup, kau je yang tak bersyukur. Nak kerja, kerja jelah.

"Tak cukup tu cuma alasan je, mesti dia tak berkenan tu," demikian antara komen warga maya.

Dilema untuk membuat keputusan menjelang hari pernikahan. -Gambar hiasan

Pada masa sama, segelintir warga maya turut menasihatinya agar tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berhenti kerja kerana ia melibatkan masa depan.

"Lebih baik jangan berhenti kerja. Kita tak tahu masa depan apa akan jadi. Sekarang mungkin suami berduit, buatnya nanti tiba-tiba ada masalah, lain pula jadinya nanti. Kena fikir untuk jangka panjang. Kita bukan selalu di atas.

"Kalau rasa tak puas hati, ingatlah ramai lagi suami-suami yang belum berkemampuan nak bagi nafkah macam tu. Ada yang nafkah wajib pun culas. Tapi yelah, benda belum jadi lagi kan (belum kahwin).

"Sebelum dan selepas dapat lain pula nanti, pastikan bincang betul-betul," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain