KETIKA hati berkobar-kobar untuk keluar mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing, namun muncul pula dugaan yang pastinya menyakitkan perasaan. Begitulah ujian yang dilalui oleh seorang pemuda tatkala berdepan dengan penumpang yang merupakan pelajar sekolah. Difahamkan penumpang tersebut merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di kawasan elit di Kuala Lumpur. “Pick up budak sekolah. Adik main tahi dik. Kena offline sebab kau dik... jahanam,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook. Pemandu e-hailing mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. -Gambar hiasan Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik gambar menunjukkan tempat duduk penumpang belakang kelihatan basah. Luahan pemandu e-hailing itu mencetuskan tanda tanya sama ada pelajar yang menaiki kenderaannya itu melepaskan ‘hajat’ ketika dalam perjalanan. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ambil pelanggan sebab baju basah, sempat pula ‘sound’ tak fikir akibat... Pemandu e-hailing akur rating jatuh ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar Rata-rata warga maya beranggapan penumpang berkenaan membuang air kecil atau besar secara tidak sengaja di tempat duduk belakang. “Dia mandi di sungai atau kolam renang agaknya,” kata pemilik kenderaan itu secara sinis bagi menjawab persoalan mengenai keadaan basah tempat duduk tersebut. Penumpang berkenaan merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah. -Gambar hiasan Susulan itu, katanya, dia terpaksa ‘berehat’ daripada meneruskan perkhidmatan buat sementara kerana mahu mengeringkan tempat duduk yang basah. “Full blast heater untuk 15 minit baru kering sikit tempat duduk tu,” ujarnya yang menggunakan heater di dalam kereta bagi mempercepatkan proses pengeringan. Tambang murah, adik tu ingat masuk tandas awam kot. WARGA MAYA Ditanya adakah pemandu itu mengambil pelajar berkenaan dari taman air atau kompleks renang, dia bagaimanapun menafikannya. “Tak, (jemput) kat bus stop hantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan XXX. Mak dia tunggu kat pagar sekolah,” katanya tanpa menjelaskan sama ada pelajar itu berpakaian seragam sekolah atau tidak. Pemandu e-hailing kesal dengan sikap penumpang yang mementingkan diri sendiri. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib malang pemandu e-hailing tersebut kerana insiden yang berlaku menjejaskan operasinya pada hari berkenaan. “Tambang murah, adik tu ingat masuk tandas awam kot. “(Penumpang) buat hal, hahaha,” demikian antara komen warga maya. Pada masa sama, ada yang mencadangkannya supaya pemandu e-hailing itu menggantikan tempat duduk jenis fabrik kepada bahan PVC kerana ketahanannya lebih lama serta kalis air. “Makan modal, saya lapik plastik je,” katanya yang mencari penyelesaian alternatif sementara menunggu tempat duduk yang basah itu kering sepenuhnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube