TIDAK dinafikan, ada segelintir wanita yang dipinggirkan dan menerima layanan buruk daripada keluarga mentua hanya kerana tidak mempunyai anak. Biarpun soal zuriat adalah ketentuan Yang Maha Esa, namun masih ada yang cenderung menyalahkan golongan isteri kononnya bermasalah kerana tidak mampu melahirkan penyambung keturunan. Begitulah nasib malang yang menimpa seorang wanita ini sebagaimana perkongsiannya dalam sebuah laman grup Facebook. "Saya dah berkahwin hampir 15 tahun tapi kami tak dikurniakan zuriat. "Macam biasa, jadi isu dalam kalangan keluarga suami dan selalu jadi bahan cerita," luahnya. Setiap pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga. -Gambar hiasan Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia menyedari dirinya tidak disukai oleh ibu mentua sejak bergelar menantu di dalam keluarga suaminya. "Mentua tak pernah layan saya macam mana dia layan anak menantu yang lain. "Saya sedar mungkin disebabkan saya je yang tak ada zuriat dalam adik-beradik suami. Semua yang lain anak 'meriah'," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pandainya pujuk! Lelaki ini berjaya tenangkan wanita stres dilabel mandul, rupa-rupanya ada kisah hampir sama - “Nak dapat anak bukan macam buat kek” ARTIKEL BERKAITAN: Suami mandul tergamak fitnah isteri, tuduh tak subur depan keluarga... Senyap-senyap koyak keputusan ujian air mani! Dipendekkan cerita, ujar wanita berkenaan, ibu mentuanya semakin uzur sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri. Situasi berkenaan menjadi pertikaian dalam kalangan adik-beradik suaminya lantaran masing-masing mengelak untuk mengambil tanggungjawab menjaga ibu mentuanya. Bukan tugas menantu perempuan nak jaga mak mentua sakit yang berperangai begitu. Makan hati je. NETIZEN "Yang paling saya tak boleh nak terima bila mentua saya nak duduk dengan kami. Dengan keadaannya begitu, keluarga suami cakap suami sayalah yang paling layak jaga. "Sebab kami tak ada anak... rumah tenang kata mereka, sebab mentua tak suka bising. "Sedangkan selama saya kahwin, mentua jangan kata nak bermalam, singgah sekejap pun tak nak. Katanya 'bukan ada cucu pun nak dilawat'. "Saya bukan tak nak jaga, saya pun kerja, suami pun sama. Kenapa mereka tak faham? Siap cakap suruh saya berhenti kerja jaga rumah," rintihnya. Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian sehingga dibanjiri ratusan komen daripada warga maya. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan tidak mudah berlembut agar dirinya tidak ditindas sesuka hati, apatah lagi sebelum ini dia dipinggirkan keluarga mentua. "Adakalanya jadi mulut laser perlu sis, untuk pertahankan maruah dan mental health kita. Laser bukan nak tunjuk kita jahat tapi biar orang tahu, kita juga ada ketegasan yang perlu orang lain hormati. "Hantar je ke rumah orang tua. Sana dia lebih aman, tenang kalau tak ada anak nak menjaga. Bukan tugas menantu perempuan nak jaga mak mentua sakit yang berperangai begitu. Makan hati je. "Suruh adik-beradik dia upah orang jaga mentua tu. Itu tanggungjawab mereka dan suami. Awak jangan berhenti kerja, nanti makin stres," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube