suria

Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!

Konflik perebutan harta sering berlaku selepas kematian ketua keluarga. -Gambar hiasan

HARTA pusaka sering menjadi punca perbalahan antara ahli keluarga.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila dia seolah-olah dinafikan hak untuk memiliki harta pusaka selepas bapanya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Mengimbau proses perbicaraan pembahagian harta, ujarnya segala aset dan tanah milik arwah bapa terpaksa diserahkan kepada ibunya.

"Ayah aku meninggal tahun 2022, mak aku masih sihat... minggu lepas baru selesai perbicaraan untuk pembahagian harta.

Pembahagiaan harta pusaka yang tidak adil membuatkan anak-anak berasa kecewa -Gambar hiasan

Pembahagian harta pusaka yang tidak adil membuatkan anak-anak berasa kecewa -Gambar hiasan

"Mak aku ambil semua harta ayah letak nama dia. Ayah aku ada lebih 30 ekar tanah, rumah sewa ada lima buah dan banyak lagi aset-aset yang lain.

"Dekat yang bongsu je mak bagi kereta arwah ayah, rumah sewa dan dua bidang tanah," ujarnya yang mempunyai lima adik-beradik.

Meskipun mengakui reda dengan apa yang berlaku, wanita ini masih terkenangkan kata-kata ibunya yang menyatakan setiap tindakan dilakukan itu adalah berdasarkan pesanan arwah bapa.

Malah katanya, sebelum perbicaraan berlangsung, ibunya membuat 'drama' air mata dan mengungkit kesusahannya membesarkan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa angkat tiada anak, tak percaya saudara sendiri... Pemuda bakal dapat semua harta - “Mereka tak boleh tuntut apa-apa”

ARTIKEL BERKAITAN: Songlap duit pencen, tak bahagi harta ikut faraid! Anak saudara dedah makcik kini sakit misteri, saran kembalikan hak waris teraniaya

"Mak kata semua kena letak nama dia sebab arwah dah pesan.

"Dia kata dia ni susah, kalau anak-anak ambil harta arwah ayah, macam mana dia nak survive. Akhirnya kami adik-beradik merajuk sikit... serahkan semuanya," tambah wanita ini lagi.

Dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, abang sulungnya juga bukan sahaja tidak membantah, malah menuruti segala kemahuan ibunya.

"Abang cakap... mak ambil semua, kami tak nak disebabkan harta nanti semua bergaduh bermasam muka, harta dunia kami cari sendiri.

Mak dah ambil hak anak sebenarnya... sedangkan bahagian mak untuk faraid hanya satu perlapan.

WARGA MAYA

"Mak aku ada pencen tapi duit dia banyak habis pada si bongsu yang dah berumur 25 tahun dan tidak bekerja. Hidup dia paling mewah sedangkan kami setiap bulan kena bagi RM300 pada mak.

"Lagipun mak cakap yang ayah dah tak ada, jadi kami adik-beradik kena tanggung dia dan kalau tak bagi kira derhaka," luahnya dalam nada sayu.

Dakwa wanita ini lagi, perkara yang tidak dapat dilupakan sehingga kini adalah ibunya kelihatan gembira sambil mengira duit sedekah walaupun jasad ayahnya belum dikebumi.

Malah katanya, tindak tanduk ibunya itu seolah-olah sedang melakukan kenduri kahwin sehingga saudara mara turut menegur.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

"Teringat lagi masa arwah ayah meninggal, mayat belum dikebumikan lagi. Mak aku dah sibuk kira duit sedekah daripada orang... langsung tak sedih, siap boleh gelak-gelak lagi.

"Sampaikan ada saudara kata, mak aku happy macam kenduri kahwin," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan supaya ibunya diberikan hidayah.

"Anak perempuan tak wajib pun bagi mak kalau punca pendapatan tu hanya daripada suami... suami bagi nafkah pada kita tu hak kita, kecuali anak perempuan tu berkerja dan ada pendapatan sendiri.

"Mak dah ambil hak anak sebenarnya sedangkan bahagian mak untuk faraid hanya satu perlapan... bersabarlah puan. Semoga keredaan dan kesabaran puan adik-beradik akan dibalas dengan kesenangan.

"Beratnya ujian hangpa adik-beradik. Namun, percayalah, Allah tak skan uji melebihi kemampuan kita. Saya percaya hangpa adik-beradik semua anak-anak yang soleh solehah, yang percaya balasan Allah itu pasti di akhirat kelak.

"Mak ayah yang mempunyai harta cukup untuk tampung dirinya maka anak tidak wajib pun memberi nafkah," demikian pandangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia