MENJAGA badan dan memastikan diri sihat dengan menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak merupakan satu perkara penting untuk wanita. Seiring peredaran masa, perkhidmatan pakej penjaga pantang atau confinement lady (CL) semakin banyak ditawarkan sekali gus memudahkan wanita yang baru bersalin terutama yang berjauhan dengan keluarga dan terpaksa berpantang sendiri. Kebiasaannya, CL bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin tetapi juga menawarkan servis atau pakej lain seperti menyediakan makanan yang sesuai dan beberapa khidmat lain. Menerusi aplikasi Threads, seorang wanita berkongsi pengalamannya mendapatkan khidmat CL yang mana dia menyamakan proses tersebut seperti memilih bakal suami. Menurutnya, pemilihan CL atau bidan selepas seseorang wanita itu bersalin tidak boleh dipandang ringan atau dibuat sekadar 'tangkap muat'. Semakin ramai wanita memilih perkhidmatan CL ketika tempoh berpantang. - Gambar hiasan Berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri, dia berkata CL bukan sahaja bertanggungjawab menjaga wanita yang berpantang tetapi juga menjaga aurat dan aib mereka. Justeru selepas melahirkan anak pertama, dia memilih CL dari sebuah agensi yang agak pupular dalam kalangan wanita hamil dan ibu berpantang. Bagaimanapun sebelum memilih agensi tersebut, dia ada bertanya kepada orang ramai mengenai CL yang sesuai namun ada yang mencadangkan supaya dia meminta bantuan ahli keluarga yang juga merupakan CL. Wanita itu menolak cadangan tersebut kerana mendapati saudaranya itu sering menceritakan aib kliennya selepas sesi urutan. ARTIKEL BERKAITAN : Ibu banyak songeh, tak sokong anak perempuan guna khidmat CL... Beri alasan tak selesa orang luar masuk rumah ARTIKEL BERKAITAN : Nak berpantang sendiri tanpa susahkan keluarga? Ibu-ibu kini boleh menginap di ‘confinement center’, senang sangat "Setiap kali balik dari mengurut dia akan menceritakan tentang aib client dia. Sebagai contoh, badan customer dia berdaki, berbau, gelap. "Bukankah menceritakan aurat seseorang itu ibarat membuka auratnya. Start dari tu saya memang pangkah dia. Walaupun dia pernah cakap dia mulut je jahat tapi hati baik. "Sudahlah makcik. Dari mulut pun dah melambangkan macam mana diri kita," katanya. Menceritakan pengalamannya dijaga oleh CL dari agensi, dia berkata wanita itu sangat menjaga adab dan tingkah laku. Saya kalau seorang tukang urut memang seorang tu je la yang saya izin pegang badan sebab ni babitkan aib dan maruah juga. WARGA MAYA "Masuk waktu solat, dia solat. Mengurut sambil berzikir. Siap bagi tips cara bertungku dengan betul, makanan pantang yang boleh dimakan. "Memang sepanjang berada di rumah dia jaga mulut dan tingkah laku. Banyak jugak tips lain yang dia share. Memang tak kedekut ilmu. "Sebenarnya, kita pun ada hak dengan siapa kita nak mengurut. Bukan tak ambil dekat family bermakna kita tak support," katanya. Berdasarkan pengalaman, dia menasihati kaum wanita supaya lebih teliti dalam mengupah CL kerana individu itu akan mengetahui aurat dan aib pelanggan yang dijaganya. Beberapa komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan perkongsian tersebut kerana mereka juga pernah berdepan situasi sama. "Benar selain CL,tukang urut pun sama, saya kalau sorang tukang urut memang sorang tu je la yang saya izin pegang badan. Sebab ni babitkan aib dan maruah jugaa, tak boleh sembarangan memilih je. "Betul sis. Saya pun selesa dengan sorang tu je. Nak tukar orang lain tu agak payah. "I setuju dengan you. I benci betul orang banyak tanya ni, lagi-lagi tukang urut memang I takkan repeat," tulis beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube