suria

Anggap jarak 10 minit dekat, pembeli kedekut nak bayar RM5 caj penghantaran! Lepas 'terciduk' terus menyesal

Caj penghantaran sering mencetuskan perbalahan antara pembeli dan penjual. -Gambar hiasan

CAJ penghantaran kebiasaannya ditetapkan bergantung pada jenis barang yang dibawa dan jarak ke sesebuah lokasi.

Meskipun khidmat ini telah lama diamalkan, namun sehingga kini masih ramai yang suka mempertikaikan kadar yang dikenakan oleh peniaga atau pekerja penghantaran.

Turut berdepan isu sama, seorang wanita bercerita tentang salah seorang pelanggannya yang ingin mengambil sendiri barangan ditempah kerana menganggap caj penghantaran yang dikenakan tidak berbaloi.

Caj penghantaran mengikut lokasi dan barang yang dibawa. -Gambar hiasan

Caj penghantaran mengikut lokasi dan barang yang dibawa. -Gambar hiasan

"Saya pernah buat bisnes bakeri. Kadang-kadang saya sediakan servis penghantaran sekali, ada satu pelanggan ni complaint mahal caj RM5 sebab rumah dalam 10 minit sahaja.

"Saya jelaskan dekat dia yang rumah mungkin dekat tapi dalam tempoh 10 minit tu saya boleh bancuh satu tray brownies.

"Hantar pakai kereta, kena bayar bulan-bulan, minyak kena isi, cukup perbatuan kena servis pula dan bayar cukai jalan," ujarnya, menghuraikan alasan caj penghantaran dikenakan kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perut nak makan sedap, sanggup pesan makanan jauh-jauh... Malangnya kedekut bayar caj penghantaran!

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik pencen caj RM90 servis e-hailing dari Melaka ke KLIA, murah! Rupanya ada kisah terpendam, suara bergetar sambil bercerita

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan bahawa kos untuk kasut juga perlu dikira jika servis penghantaran dilakukan dengan berjalan kaki.

Menurut wanita ini, disebabkan perincian yang dibuatnya, pelanggan terbabit memutuskan untuk tidak membayar caj penghantaran tersebut dan ingin mengambil sendiri.

"Saya pun okay je, kemudian tunggu punya tunggu dalam dua jam dia tak datang. Saya pula nak keluar.

Pernah beli online boleh COD, satu bekas RM6. Dah alang-alang tu ambil terus dua bekas tapi caj RM12 sebab dia kira ikut bekas bukan lokasi.

WARGA MAYA

"Jadi saya mesej dia dan cakap yang saya tinggalkan kek dekat pengawal keselamatan.

"Dalam sejam setengah selepas itu baru dia mesej cakap dah ambil dan luah menyesal kerana tak minta dihantar sebab tiba-tiba banyak urusan nak diselesaikan," tambahnya lagi.

Situasi yang berlaku membuatkan dia rasa bersyukur kerana pelanggannya mula mengetahui kenapa caj penghantaran ditetapkan.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama berhadapan pelanggan yang cerewet.

"Bukan 10 minit, pergi balik dah 20 minit dan kalau lampu isyarat pula mahu hampir setengah jam... sebab itu tak rajin nak hantar-hantar.

"Saya dari Kota Damansara nak COD (cash on delivery) ke Ampang (Kuala Lumpur). Caj RM10 dikatakan mahal, naik kereta pula.

"Jangankan RM5, RM2 pun ada yang berkira. Saudara saya bisnes mini cheese tart RM12 hingga RM14 per 30 biji bergantung pada perisa, masa tahun 2020. Perjaanan dari kampung ke bandar dalam setengah jam, caj penghantaran RM2 pun berkira.

"Pernah beli online boleh COD, satu bekas RM6. Dah alang-alang tu ambil terus dua bekas tapi caj RM12 sebab dia kira ikut bekas bukan lokasi," demikian perkongsian balas warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain