suria

Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’

Pelanggan yang membatalkan majlis biasanya sukar untuk mendapatkan semula wang deposit mereka. -Gambar hiasan

MERANCANG majlis perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah.

Bukan sekadar perancangan, belanja yang tinggi juga perlu dikeluarkan bagi memastikan majlis impian terlaksana dengan jayanya.

Di aplikasi TikTok, seorang wanita tular selepas dia berkongsi kisahnya yang terpaksa membatalkan perkahwinan atas sebab-sebab tertentu.

pengantin 1

Mesej antara wanita itu dengan jurusolek, penyedia makanan dan DJ.

Menerusi perkongsian itu, dia turut memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar kepada sebuah butik pengantin untuk memaklumkan tentang pembatalan majlis perkahwinannya.

"Assalamualaikum, maaf ganggu. Nak beritahu perkahwinan saya tak dapat diteruskan atas sebab tertentu.

"Jadi, cuma nak tahu kalau boleh dapatkan deposit semula atau tak? Kalau tak boleh tak apa, saya halalkan," ujar wanita itu.

Jarang jumpa yang boleh refund balik duit pelanggan. Ramai yang duit burn je kalau tak jadi.

NETIZEN

Menjawab pertanyaan pihak butik, wanita itu berkata dia tidak menunda majlis, sebaliknya ia dibatalkan terus kerana tiada jodoh antara mereka.

"Tak ada jodoh rasanya. Insya-Allah nanti kalau ada jodoh semula, saya booking lain pelamin dengan akak," ujar wanita itu lagi.

Dia turut berkongsi mesej yang dihantar kepada jurufoto, jurusolek, penyedia makanan serta DJ kenduri yang telah ditempah awal tentang pembatalan majlis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan putus 7 hari sebelum nikah! ‘Pengantin tak jadi’ rasa bersalah rakan-rakan ambil cuti, tawar bayar ganti rugi

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda jual barang hantaran gara-gara tak jadi kahwin dah jumpa pengganti... Jodoh hadir lepas balik umrah

Kesemua pihak tersebut turut bersetuju untuk mengembalikan semula deposit wanita berkenaan dan memberi kata-kata semangat buat dirinya,

Perkongsian wanita itu menerima hampir setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, dia turut dihujani komen netizen yang mendoakan agar dia terus kuat meskipun terpaksa melalui ujian berat.

Netizen turut memuji pihak butik, jurufoto, jurusolek, penyedia makanan serta DJ kenduri yang bersedia memulangkan deposit wanita itu.

pengantin 3

Majlis perkahwinan biasanya menelan belanja sehingga ribuan ringgit. -Gambar hiasan

"Ya Allah sakitnya. Semoga awak kuat ya. Sememangnya sakit ujian bertunang.

"Bertuahnya awak walaupun tak jadi kahwin tapi awak jumpa dengan orang baik. Selalunya jarang nak dapat balik deposit.

"Jarang jumpa yang boleh refund balik duit pelanggan. Ramai yang duit burn je kalau tak jadi.

"Wah baiknya semua nak pulangkan deposit. Semoga dimurahkan rezeki mereka semua kerana tidak selfish," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain