suria

Bisnes makin maju, tuan kedai naikkan sewa! Peniaga diberi kata dua, ramai suruh ‘mengalah’ pindah tempat lain

Kontrak sewaan penting bagi melindungi pemilik premis mahupun penyewa. -Gambar hiasan

SURAT perjanjian sewaan premis merupakan dokumen penting yang perlu disepakati antara pemilik dan penyewa.

Selain menjaga hak dan kepentingan, ia juga bagi mengelakkan pemilik mahupun penyewa bersikap tidak bertanggungjawab atau mengambil kesempatan.

Bagaimanapun, sesetengah individu beranggapan kontrak sewaan adalah perkara remeh sehinggalah mereka berdepan masalah seperti dialami pelayar Facebook ini.

Kontrak sewaan merupakan dokumen penting yang perlu ditandatangani. -Gambar hiasan

Kontrak sewaan merupakan dokumen penting yang perlu ditandatangani. -Gambar hiasan

Berkongsi masalahnya, dia yang ingin dikenali sebagai Rasya berkata, perjanjian asal kadar sewaan kedai makan yang dipersetujui kedua-dua belah pihak adalah sekitar RM500 sebulan.

Namun selepas masuk bulan ketiga, pemilik tiba-tiba datang dan menaikkan kadar sewa sebanyak RM200.

"Saya baru saja buka kedai makan, apa yang dijanjikan oleh pemilik adalah sewa bulanan tetap RM500.

ARTIKEL BERKAITAN: Diarah segera kosongkan premis, wanita syak ‘penyewa bersama’ hasut tuan kedai! Menyesal pelawa kongsi sewa ruang berniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa buat onar curi elektrik, pemilik kediaman bakal disaman TNB! Menyesal tak tukar nama dalam bil

"Apabila masuk bulan ketiga, dia datang secara tiba-tiba kat kedai dan cakap nak ambil duit sewa RM700 sebulan," luahnya.

Mengakui terkejut dengan situasi yang berlaku, dia cuba berbincang tentang kadar sewaan berkenaan.

Namun, pemilik premis itu tetap berkeras dan mengugut untuk membuka tawaran kepada peniaga lain jika dia enggan bersetuju dengan kadar baharu sewaan.

Biasalah, apabila dah nampak maju sikit memang begitulah perangai pemilik kedai.

WARGA MAYA

"Saya cakap mana boleh macam tu, dia dah janji dengan saya, tiba-tiba nak naikkan sewa kedai dari RM500 kepada RM700.

"Dia (pemilik) cakap lagi, kalau tak bagi (naik sewa) dia akan berikan sewaan kepada peniaga lain," luahnya sayu.

Buntu dengan situasi yang dialami, dia turut meminta pandangan dan cadangan daripada warga maya tentang cara untuk berdepan dengan individu seperti itu.

Warga maya mencadangkan supaya dia berpindah keluar dari kedai tersebut.

Warga maya mencadangkan supaya dia berpindah keluar dari kedai tersebut.

Malah katanya, dia juga mempunyai rakaman percakapan semasa perjanjian mengenai kadar sewa dibuat.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya memintanya untuk berpindah ke lokasi lain bagi mengelakkan pelbagai masalah dengan pemilik terbabit.

"Rasa lebih baik undur diri pergi ke tempat lain sebab dia tetap akan kacau dan naikkan (sewa) juga lain kali.

"Biasalah, apabila dah nampak maju sikit memang begitulah perangai pemilik kedai.

"Kedai dah maju? Bagi balik kedai dia dan cari tempat lain.

"Lebih baik pindah keluar je sebab tuan kedai macam tu akan buat hal lagi sepanjang sewa kat situ... kuat menipu dan manipulasi," ujar warga maya memberi nasihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain