suria

Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua

Seorang wanita terkejut ibu mentuanya meminta suaminya memohon pinjaman peribadi. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN yang dijalani tidaklah senang, tetapi ada individu atau pasangan suami isteri mempunyai keberanian untuk mempunyai komitmen yang tinggi.

Buktinya, ada yang sanggup menambah beban hutang walau baki gaji yang tinggal tidak seberapa.

Begitulah luahan seorang wanita mengenai suaminya yang merupakan penjawat awam dan baru berkhidmat dengan sektor itu dua tahun lalu.

Wang gaji diperuntukkan untuk komitmen bulanan. -Gambar hiasan

Dengan gaji yang kecil, wanita itu memaklumkan suaminya mahu memohon pinjaman peribadi sebanyak RM200,000.

"Suami gaji RM3,000. Mak dia nak guna nama dia untuk buat pinjaman peribadi sebanyak RM200,000. Dianggarkan bayaran balik bulanan lebih RM2,000.

"Suami saya on je (setuju)," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook tanpa menjelaskan tentang tujuan atau kegunaan wang pinjaman peribadi itu.

Namun kata wanita itu, suaminya belum membuat permohonan pinjaman peribadi tersebut dan perkara ini tidak dikongsi dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami ‘offer’ nafkah RM6,000 sebulan termasuk kad kredit, syaratnya berhenti kerja... Wanita serba salah, rasa macam tak cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi

Menurutnya, dia hanya mendapat tahu mengenai rancangan suaminya untuk membuat permohonan pinjaman peribadi menerusi telefon ibu mentuanya.

"Aku tak tahu ye. Aku baru tahu sebab ternampak WhatsApp kat telefon mak dia masa anak aku main," ujarnya.

Seorang lelaki mempertimbangkan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi untuk ibunya. -Gambar hiasan

Mengakui terkejut dengan perancangan dua beranak itu, dia lantas memikirkan nasib keluarga dan anak-anaknya sekiranya suami masih mahu memohon pinjaman peribadi.

"Suami aku tak fikir ke masa depan anak-anak yang kecil ni macam mana? Rumah pun tak ada, tak beli tapi sibuk nak buat loan untuk mak dia.

"Bukan sikit, tapi maksimum loan. Mak dia dah tua, ada segalanya dah. Rumah banyak, tanah semua ada, jadi tiada keperluan nak loan untuk beli tanah lagi buat mak dia," jelasnya.

Baki berapa sen la sangat. Nak bagi anak bini makan rumput apa?

WARGA MAYA

Buntu dengan situasi semasa dalam rumah tangganya, dia berharap supaya dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam diri untuk menangani perkara itu.

"Tolong nasihatkan aku sabar, boleh? Tolong doakan aku dapat kerja elok-elok supaya aku boleh beli rumah flat untuk anak aku," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu sambil memberikan nasihat dan cadangan masing-masing.

Hubungan renggang suami isteri disebabkan konflik rumah tangga. -Gambar hiasan

Pada masa sama, mereka mengharapkan agar wanita berkenaan tidak mendiamkan diri sahaja dan berbincang dengan suami bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Gaji RM3,000, nanti loan bulan-bulan nak kena bayar RM2,000 lebih. Baki berapa sen la sangat. Nak bagi anak bini makan rumput apa?

"Maknya pun, ambil kesempatan ni. Bukan nak bagi anak tu senang, tu nak bagi anaknya susah. Nak cakap mak tu susah, semua keperluan dah ada.

"Kena bincang laki bini. Sebab yang menanggungnya laki bini. Mak-mak pula guna fatwa anak derhaka, anak tak kenang budi, anak berkira. Tapi susah senang, makan ke tidak pasangan dengan anak dia je tahu seksanya. Soal duit boleh jadi punca cerai sis," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain