suria

Rajin bawa jalan-jalan, siap check in kondo... Guru bujang jadi kegemaran murid, ibu bapa pun suka! Rupanya baik ada makna

Seorang pakar motivasi mendedahkan tentang sikap seorang guru lelaki. -Gambar hiasan

GURU ibarat ibu bapa kedua bagi murid atau pelajar.

Tidak hairanlah jika ada pendidik dan anak murid mempunyai hubungan yang rapat sehingga di luar sekolah.

Bagaimanapun, pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi mendedahkan tentang seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah yang didakwa menjadikan murid-muridnya sebagai ‘teman tapi mesra’.

Murid-murid perlu diberi didikan dan bimbingan yang terbaik di sekolah. -Gambar hiasan

Menurutnya, seorang guru lain memaklumkan kepadanya mengenai kes pedofilia di sekolah tersebut melibatkan seorang rakan sekerja yang berusia 50an dan masih bujang.

Pedo tu cikgu lelaki, bujang, 50an, tak berkahwin lagi. Dia dah cabul ramai budak-budak lelaki, jenis fetish dengan kemaluan kanak-kanak.

“Dia sex grooming baik punya sampai mangsa dan mak ayah pun percaya dia baik. Belanja makan, bagi mainan, bagi duit raya, bahkan sampai bawa budak jalan-jalan.

“Dia build trust dengan ibu bapa sampai mereka pun tak syak apa-apa bila anak dibawa oleh cikgu berkenaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda rimas diganggu guru besar sekolah anak! Bersongkok 24 jam tapi gatal... Siap suruh masuk ofis, ajak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Guru cemerlang hilang semangat, markah paling tinggi tapi APC diberi kepada cikgu lain atas alasan ‘lebih senior’

Tanpa mendedahkan nama dan lokasi sekolah rendah tersebut, Akhi Fairuz bagaimanapun bersyukur kerana akhirnya terdapat ibu bapa murid yang menyedari perkara itu dan membuat laporan polis.

Susulan itu, difahamkan guru berkenaan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

SMK Seksyen 7 teacher wefie with pupils upon arrive at the school for the Written Exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 begin today in Shah Alam.— KK SHAM/The Star

Keramahan dan berdedikasi menjadikan seseorang guru itu disenangi ramai. -Gambar hiasan

Akhi Fairuz pada mulanya bimbang sekiranya mangsa enggan memberikan kerjasama kerana perasaan ‘sayang’ terhadap guru yang didakwa itu.

“Tapi Alhamdulillah, mereka beri kerjasama dan tahu apa yang cikgu tu buat salah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengambil perhatian dan memantau anak-anak mereka terutamanya melibatkan guru di luar waktu persekolahan.

Nak tunjuk baik pun kena ada had, cukup sekadar aktiviti di sekolah.

WARGA MAYA

“Tuan puan, please tolong sangat untuk alert dengan benda-benda begini. Saya kadang risau tengok ada cikgu buat konten TikTok ajak murid tidur di rumah dia.

“Walaupun dalam video tu sekadar masak untuk mereka, solat jemaah sama-sama, tapi ia tetap red flag! Ada pula cikgu lelaki lain yang siap bawa budak-budak lelaki jalan-jalan masa cuti sekolah dan check-in kondo.

“Benda ni tak normal! Semoga sekolah jadi tempat selamat! Pedo tempatnya bukan di sekolah, tapi di penjara!” tegasnya lagi.

Seorang lelaki berdepan dengan konflik dalaman. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, pendedahan yang dibuat itu turut mengejutkan warga maya terutama dalam kalangan ibu bapa yang mana-mana anak-anak mereka masih bersekolah.

“Ada tengok juga konten TikTok cikgu lelaki bawa balik murid ke rumah. Konten tu nampak biasa saja, tapi sebab saya pernah baca isu pedo dalam kalangan guru ni, terus jadi overthinking.

“Zaman saya, cikgu pedo ni memang kesayangan murid. Kesayangan sekolah juga barangkali sampai guru besar cakap jangan report, takut tutup periuk nasi cikgu tu.

“Buat baik berpada-pada. Nak tunjuk baik pun kena ada had, cukup sekadar aktiviti di sekolah,” demikian antara komen warga maya.

Dalam pada itu, menjawab persoalan di ruangan komen, Akhi Fairuz berkata, terdapat kes pedofilia melibatkan guru wanita tetapi kebanyakan kes berlaku dalam kalangan guru lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain