suria

Kali pertama bercinta, pemuda usia 30 tahun rindu zaman solo! Anggap wanita rumit, susah nak ‘handle’ - “Patutlah cantik pun kena tinggal”

Kebiasaannya lelaki tidak gemar wanita yang suka membebel. -Gambar hiasan

USIA seseorang kebiasaannya menandakan kematangan fikiran mereka dalam melakukan sesuatu perkara.

Begitu juga dalam percintaan, mereka yang melepasi angka 30 biasanya tidaklah begitu romantis seperti pasangan-pasangan muda yang sedang dilamun cinta.

Di platform X, seorang pemuda berkongsi kisahnya yang baru pertama kali bercinta pada usia 30 tahun.

awek 2

Masalah percintaan boleh menyebabkan emosi seseorang terganggu. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, dia berdepan masalah kerana teman wanitanya yang lebih muda bersikap tidak matang dalam perhubungan.

"Kali pertama dapat teman wanita. Tak pernah ada hubungan sebelum ini. Teman wanita aku umur 28 tahun, kawan yang perkenalkan. Baru enam bulan (bercinta) aku dah terkenangkan zaman single dulu.

"Rasa macam cakap dengan itik dah. Kita je kena faham dia. Susah sangat ke nak cakap apa yang dia nak directly (terus terang)? Bila tanya kenapa, dia jawab nak benda tu dari hati, bukan apa yang dia minta.

Masa nak pilih tempat makan dia suruh kita decide, kalau tak sedap mula la salahkan kita.

TEMAN LELAKI

"Masalahnya memang ikhlas pun buat apa yang dia nak, habis tu nak apa lagi? Benda simple pun nak jadi besar. Alasannya sebab benda tu besar bagi dia," cerita pemuda itu yang buntu melayan cara kekasihnya berfikir.

Dalam luhannya pada Selasa, pemuda itu berkata teman wanitanya juga sering bersikap mengada-ngada sehingga menyusahkan dirinya.

Malah, perkara remeh seperti pemilihan tempat makan juga sering menjadi punca perkelahian antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cuba uji BF, tapi beri soalan makan diri! Sendiri tanya, sendiri sentap sebab pakwe jawab jujur... akak McD selamatkan keadaan!

ARTIKEL BERKAITAN: Suka bersaing dengan awek sendiri... Dia paling pandai, serba tahu! Wanita kesan perangai buruk BF, ramai halang kahwin

"Belum lagi bab nak menang. Dia boleh cakap apa je asalkan nak menang. Selagi tak menang tu la dia besarkan benda tu. Nak jadi passenger princess tapi tengok Waze 'ke laut'.

"Bagi direction tak spesifik, lepas tu kalau salah jalan mula membebel sepanjang perjalanan. Asalnya nak jalan-jalan tapi bergaduh.

"Masa nak pilih tempat makan dia suruh kita decide, kalau tak sedap mula la salahkan kita. Patutlah zaman sekarang cantik-cantik pun kena tinggal," tulis pemuda itu.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu memberi saranan agar lelaki itu bersabar memandangkan dia baru pertama kali bercinta.

Motosist checking the tyre pressure.

Wanita tidak sepatutnya terlalu bergantung harap kepada lelaki. -Gambar hiasan

Namun, beberapa individu turut menyelar perangai segelintir wanita masa kini yang dianggap mengada-ngada dan keterlaluan.

"Baik angat kaki sebelum terlambat. Susah nak bela jenis macam ni. Acah-acah princess.

"Gerak je daripada buang masa, duit dan tenaga. Baik cari (perempuan) yang pandai tengok Waze.

"Umur 28 tapi kenapa perangai macam umur lapan tahun?

"Mungkin sebab ini awak lama single. Awak jenis tak boleh terima perangai yang perempuan biasa buat. Awak single je la," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain