suria

Anak tak gembira tamat degree... Curi dengar perbualan, mak ayah rancang nak minta gaji! Anggap diri dihargai cuma sebab duit

Luluh hati seorang anak apabila menyedari ibu bapa menunggu masa untuk meminta duit gajinya. -Gambar hiasan

MENJADI satu-satunya harapan keluarga bermakna seseorang itu perlu memikul tanggungjawab yang berat.

Walaupun dapat mematangkan diri, namun sekiranya terus diasak, kecekalan yang setebal mana pun akan mula menipis.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang gadis menzahirkan rasa kecewa apabila menyedari kedudukan dirinya yang sebenar dalam keluarga.

Hubungan kekeluargaan diibaratkan seperti air dicincang tak akan putus. -Gambar hiasan

Menurut gadis yang baru menamatkan pengajian ijazah sarjana muda itu, hatinya retak seribu apabila mencuri dengar perbualan ibu bapanya secara tidak sengaja.

"Aku baru je habis belajar degree, tiba-tiba terdengar percakapan mak ayah aku dari kejauhan. Mereka cakap begini, kalau kakak dah dapat kerja nanti, boleh la kita minta duit dia sikit.

"Agak terkilan aku dengar benda tu, seolah-olah aku ni hanya dihargai sebab duit," ujar gadis tersebut terguris hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kerja ‘gomen’ diperguna adik-beradik buat hutang RM80k! Suami pula tolong ‘kambus lubang’ bayar separuh elak muflis

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen terkedu, lelaki terpaksa jual rumah demi langsai hutang 5 personal loan! Guna wang untuk anak sambung belajar

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkongsikan pandangan mengenai peranan gadis itu untuk menyara keluarganya tatkala baru hendak meningkat dewasa.

"Mungkin awak datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, begitulah hakikatnya. Anak ni ibarat pelaburan jangka masa panjang, sebab tu ramai yang suka beranak pinak, supaya dapat menagih bakti waktu usia senja nanti.

Tak mengapa la sis, menyumbang untuk kewangan keluarga tak akan menyebabkan awak jatuh miskin.

WARGA MAYA

"Ia ibarat satu kitaran, datuk dan nenek besarkan ibu bapa kita, hantar mereka pergi sekolah guna duit, kemudian ibu bapa jadi dewasa, giliran datuk dan nenek pula untuk dijaga. Ibu bapa pun harapkan benda sama daripada kita.

Pelayar bertukar perspektif.

"Mungkin ayat ibu bapa awak tu sedikit pedas, itu yang panas mendengar. Tapi kalau mereka cakap dengan lebih berlapik, contohnya, boleh minta tolong guna duit dia sikit, awak pun sejuk hati mendengar dan tidaklah merentan.

"Tak mengapa la sis, menyumbang untuk kewangan keluarga tak akan menyebabkan awak jatuh miskin. Mungkin keluarga awak betul memerlukan, InsyaAllah lebih berkat rezeki dan akan dilipat gandakan lagi," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia