suria

Wanita kaya meninggal sebelum sempat cerai... Suami sedap bolot harta, nikah baharu! Dulu cuma ada motosikal buruk

Kesilapan kaedah pengurusan harta menyebabkan waris sukar untuk memperolehnya. -Gambar hiasan

PENGURUSAN harta pusaka secara hibah mahupun wasiat dan faraid perlu dilakukan lebih awal bagi mengelakkan masalah kepada waris di kemudian hari.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti meluahkan kesedihan apabila melihat anak saudaranya dimanipulasikan bapa tiri selepas kematian ibu.

Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak berkenaan dinafikan hak faraid meskipun arwah ibu mereka meninggalkan sebuah rumah beserta wang tunai yang banyak.

"Kakak saya meninggal dunia, dia ada sebuah rumah dan berpuluh ribu duit dalam bank. Sejak kakak meninggal, rumahnya automatik tak perlu dibayar.

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

"Barangan rumah pula dibeli sebelum dia berkahwin baru, tapi sekarang suaminya (ayah tiri anak saudara) telah kunci rumah tu dan barang-barang semua telah diambil," luahnya memulakan cerita.

Turut meminta pandangan pakar perundangan, wanita ini menjelaskan bahawa rumah yang didiami anak saudaranya adalah milik arwah kakaknya.

Malah, hanya arwah yang membuat bayaran bulanan meskipun perkahwinan dengan suami kedua bertahan selama empat tahun lalu sebelum dia meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kecil perhati bapa, ibu saudara mewah makan harta anak yatim, wanita dapat kembali hak nilai jutaan ringgit selepas upah peguam

"Masa dia kahwin empat tahun lepas, suaminya hanya bawa satu beg baju dan anak-anak dia seramai dua orang. Dia ada sebuah motor buruk.

"Sekarang dia mengaku pada anak-anak saudara saya, yang rumah tu dia bayar sedangkan dia muflis dengan gaji RM5,000.

"Kakak saya ceritakan semua tu sebelum dia meninggal dunia dan arwah ada maklum nak bercerai cuma tak sempat lakukannya," jelas wanita ini.

Kejamnya, dahlah rampas hak anak yatim, semoga ada pihak yang boleh membantu anak-anak arwah.

WARGA MAYA

Dalam pada itu, dia turut menyatakan arwah kakaknya meninggal dunia akibat demam panas dan keluarga tidak melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Tambahnya, bapa tiri kepada anak saudaranya juga sudah berkahwin baru dan tidak mustahil akan menjadikan kediaman arwah sebagai tempat tinggal.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa geram dan marah dengan sikap lelaki terbabit yang disifatkan tamak serta bermuka tembok.

Warga maya berharap nasib anak saudaranya terbela.

Warga maya berharap nasib anak saudaranya terbela.

Tidak kurang juga yang mengharapkan supaya kanak-kanak terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

"Allahuakbar kesiannya nasib anak-anak arwah. Saya doakan akan ada keadilan buat anak-anak dan keluarga arwah, jangan buat main dengan harta anak yatim... harap lelaki tu dan anak-anak dia kena kifarah.

"Geram pula baca, semoga ada keadilan buat anak saudara awak, semoga Allah permudahkan segalanya buat awak dan anak saudara.

"Semoga ada pihak yang akan bantu kes ni hingga selesai... semoga dipermudah segala urusan.

"Kejamnya, dah la rampas hak anak yatim, semoga ada pihak yang boleh membantu anak-anak arwah," demikian luahan warga maya di ruangan komen.

Dalam pada itu, terdapat beberapa peguam yang menawarkan diri untuk membantu memfailkan kes tersebut di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain