suria

Kereta bawah garaj meletup pukul 4 pagi, wanita buntu fikir punca kejadian... Jawapan polis tambah suspen

Tangkap layar video tular yang dikongsi oleh wanita itu.

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Alza miliknya meletup secara tiba-tiba pada pukul 4 pagi.

Menurut pemilik TikTok Aisyah1234, dia bertambah hairan kerana kereta itu meletup ketika enjinnya tidak dihidupkan.

Dalam perkongsian video di TikTok, dia turut menunjukkan keadaan cermin hadapan kereta itu yang pecah akibat letupan yang berlaku.

alza 2

Kereta itu meletup ketika diletakkan di hadapan rumah.

"Ni keadaan kereta yang meletup pada pukul 4 pagi, sekarang polis tengah siasat dengan bomba. Polis beritahu kemungkinan ada unsur jenayah, ada orang yang bakar kereta tu tapi polis tengah siasat lagi.

"Sebab tak pernah berlaku, tengah parking boleh meletup. Sebab tiada start enjin, pukul 4 pagi kereta parking tak pergi mana-mana. Macam peliklah boleh meletup dalam keadaan tak start," ujarnya.

Tambah wanita itu, dia sempat menghubungi bomba, namun api berjaya dipadamkan sebelum mereka tiba.

Dalam kereta saya tiada power bank, tak ada penyembur, tak ada bahan yang mudah terbakar.

AISYAH

Menurut wanita yang menetap di Felcra Sri Mahkota di Endau, Mersing, Johor itu, dia juga tertanya-tanya bagaimana beg udara kereta tersebut boleh meletup secara tiba-tiba.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, dia menolak andaian kereta itu meletup kerana cuaca panas memandangkan kejadian berlaku selepas hujan lebat pada awal pagi.

"Meletup semasa parking bawah garaj depan rumah pukul 4 pagi. Beg udara tiba-tiba meletup. Sebelum kejadian hujan lebat sangat, dekat sini tak ada cuaca panas. Ia kereta Alza model lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘demand’ X50 baharu, anak terbantut niat nak hadiahkan Viva terpakai! Lepas ‘siasat’ baru tahu punca ibu ubah fikiran

ARTIKEL BERKAITAN: Luaran je cantik! Mekanik bongkar sejarah kereta terpakai, pernah kemalangan teruk... Wanita rela hangus deposit

"Saya baru beli kereta ni empat tahun, tak ada buat apa-apa ubah suai," jelasnya sambil menambah dia perlu menunggu terlebih dahulu memandangkan tuntutan insurans hanya boleh dibuat selepas siasatan diselesaikan.

Wanita itu juga menafikan dia ada meninggalkan power bank dan sebarang penyembur di dalam keretanya.

"Dalam kereta saya tiada power bank, tak ada penyembur, tak ada bahan yang mudah terbakar. Saya memang tak pernah guna power bank," ujarnya lagi.

Rata-rata pelayar TikTok turut menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu dan meminta dia berkongsi perkembangan kes tersebut.

alza 3

Sebahagian cermin hadapan kereta itu yang pecah akibat letupan.

"Syukurlah body kereta tak kena. Allahuakhbar. Semoga tabah akak dan keluarga.

"Nanti cerita la selepas polis buat siasatan. Apa punca berlaku? Nak tahu juga ni.

"Kalau ada unsur jenayah, Aisyah perlu berhati-hati," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain