suria

Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’

Seorang isteri makan hati kerana sikap suami yang ketagih bermain permainan video. -Gambar hiasan

SELEPAS melayari bahtera rumah tangga selama lapan tahun, seorang isteri mahu memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Bukan disebabkan oleh kewujudan orang ketiga atau masalah kewangan, sebaliknya wanita itu makan hati dengan sikap suaminya yang ketagih bermain permainan video.

Mungkin bagi orang lain isu kecil, tetapi batinnya terseksa kerana suami yang merupakan ‘kaki game’ terlalu mementingkan gajet berbanding menjaga hati isteri sendiri.

“Saya nak bertanya, ada ke isteri yang minta cerai disebabkan suami terlalu leka dengan telefon? Saya berkahwin dah nak masuk lapan tahun, dikurniakan dua anak.

“Perkara ni berlaku berulang kali dah. Sekali cakap, sekali buat,” katanya menerusi satu luahan di Facebook.

suami kaki game 2

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, wanita itu mengakui suaminya seorang yang baik dan tidak pernah culas memberikan nafkah kepada keluarga.

Namun apa yang dikesalkannya apabila suami lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon untuk bermain permainan video ketika berada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar

“Balik kerja kalau dapat luangkan masa dengan anak isteri walaupun sejam dua cukuplah. Ini balik main game sampai subuh.

“Awal pagi nak bangun pergi kerja dan hantar anak ke sekolah lagi. Bila kejut bangun pagi, suami marah-marah,” ujarnya.

suami kaki game 4

Isteri semakin hilang sabar berdepan dengan isu rumah tangga. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, semuanya berpunca daripada suami yang tidak cukup tidur sehingga sering lewat menghantar anak ke sekolah.

Keadaan yang berlarutan itu membuatkan dia semakin hilang sabar dan buntu untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan rumah tangganya.

Benda nampak kecil tapi boleh buat isteri sakit mental bila kena hadap hari-hari.

WARGA MAYA

“Saya dah lama hilang sabar. Perkara ni setiap hari dia buat, walaupun pada hari cuti pun.

“Hati dan perasaan saya pun dia tak peduli. Dia buat saya berdosa, marah dia hari-hari. Saya rasa tiada persefahaman dengan suami,” katanya yang mahu memfailkan perceraian terhadap suaminya.

suami kaki game 3

Hubungan suami isteri renggang disebabkan konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan simpati terhadap nasib malangnya dan mendoakannya agar dia membuat keputusan yang terbaik.

“Sakit hati juga perangai macam tu. Kerja rumah pun tak tolong, tengok handphone je. Tapi kalau dah sakit hati, buatlah keputusan yang terbaik.

“Benda nampak kecil tapi boleh buat isteri sakit mental bila kena hadap hari-hari.

“Sabar sikit lagi, sambil usaha doakan Allah jauhkan suami dari perkara yang melalaikan. Sambil tu, lakukan perkara yang membahagiakan diri.

“Apa yang baiknya? Setakat bagi cukup nafkah, makan pakai? Itu bukan sebab baik, itu tanggungjawab. Kadang kelakar wanita yang mengadu, ayat pertama mesti puji suami baik. Bawah-bawah baru perangai setan kluar, lupa dah atas tadi puji baik... baiklah sangat,” komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain