PETUGAS barisan hadapan seperti doktor perubatan berpeluang menyaksikan pelbagai rencah kehidupan daripada setiap latar belakang masyarakat menerusi pesakit. Melalui satu hantaran tular di laman Thread, seorang pegawai perubatan dalam sektor paliatif mendedahkan petanda awal seorang pesakit itu bakal dijemput Ilahi. Untuk makluman, paliatif merupakan kaedah rawatan untuk meringankan perjalanan akhir pesakit yang sudah tiada harapan sembuh. Ahli keluarga akan dipanggil untuk berkumpul ketika pesakit sudah nazak. -Gambar hiasan Menurut doktor berkenaan, rata-rata ahli keluarga terlepas pandang perkara ini, malah gembira apabila melihat ia terjadi pada pesakit. "Sepanjang pengalaman aku bekerja sebagai doktor di hospital atau Medical Officer (MO) Palliative, aku boleh cakap kalau pesakit yang nazak tiba-tiba boleh berselera makan, itu maksudnya dia sudah tidak lama. "Petanda lain adalah wajahnya secara mengejut menjadi ceria, bertenaga untuk bersembang dengan ahli keluarga, nama cucu yang dia lupa dulu tiba-tiba boleh ingat. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak senang duduk, sedih anak sulung selalu tanya kenapa guna nama ‘bin Abdullah’ - “Dosa lepas, biarlah saya yang tanggung” ARTIKEL BERKAITAN: “Kak, sakit tak bersalin?” - Soalan wanita muda hamil anak luar nikah buat doktor ini sebak, sedih zina jadi hal biasa "Kalau suatu masa nanti ahli keluarga kalian berada dalam situasi sebegini, hargai waktu itu dengan sebaiknya," ujar doktor tersebut memberikan pesanan. Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita tampil menceritakan pengalaman sendiri dalam situasi serupa melibatkan bapanya. "Teringat arwah abah, petang sebelum meninggal dunia macam sihat, siap boleh sembang dan makan dengan berselera. Rupanya pukul 3 pagi tu abah meninggal dalam tidur. Nampak senang sangat cara pemergiannya. Kepada waris, jangan sia-siakan peluang ini, cipta memori indah yang terakhir bersama mereka. WARGA MAYA "Abah merupakan orang soleh, guru mengaji dan imam surau, sangat baik kepada sesiapa pun, berjaya menjadi seorang bapa serta suami yang bertanggungjawab. "Semoga dikurniakan syurga tertinggi tanpa hisab buat arwah abah. Sewaktu hari kematiannya pun hujan lebat, ada anak-anak tahfiz yang secara sukarela datang solatkan jenazah arwah abah," imbas wanita tersebut. Dalam pada itu, ada warga maya menjelaskan situasi seperti itu secara saintifik dikenali sebagai terminal lucidity. Pelayar berkongsikan pengalaman. "Benda ni selalu terjadi dekat pesakit yang uzur daripada segi saraf dan keupayaan mental, pada momen terakhir sebelum ditarik nyawa, minda akan salurkan saki-baki kudrat untuk pesakit tu 'hidup' kembali sebentar. "Ia seakan-akan satu program dalam badan kita. Kepada waris, jangan sia-siakan peluang ini, cipta memori indah yang terakhir bersama mereka. "Teringat dekat datuk aku dulu, dia dah sakit terlantar, tiba-tiba satu hari tu ketika kawan dia datang melawat, datuk secara mendadak boleh bercakap secara lancar dan bertegur sapa dengan mereka. "Malamnya tu datuk meninggal dunia, al-Fatihah," ujar sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube