suria

Peniaga Muslimah jual bra di TikTok, tak malu tunjuk ukuran di dada sendiri! Wanita minta jaga maruah, bimbang pandangan berahi lelaki

Pakaian dalam merupakan topik sensitif untuk seorang wanita. -Gambar hiasan

SEIRING perkembangan dunia digital, kebanyakan urusan jual beli kini dijalankan menerusi platform e-dagang.

Walaupun begitu, pembelian secara atas talian mempunyai kekangan terutamanya untuk produk pakaian, sedikit sukar bagi pelanggan mendapatkan pilihan ideal memandangkan ia hanya dilihat melalui skrin.

Sebagai solusi, ada kalanya penjual akan menyarungkan sendiri pakaian tersebut menerusi sesi siaran langsung untuk memberikan gambaran kasar kepada pelanggan.

Jualan pakaian dalam perlu dibuat dengan cermat untuk mengelakkan pandangan tidak sepatutnya. -Gambar hiasan

Namun, melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang wanita menzahirkan kerisauan dengan perilaku sesetengah hos yang mempromosikan pakaian dalam menerusi video penstriman langsung.

Menurutnya, ia adalah satu aib apabila hos terbabit dilihat ralit memperagakan coli pada tubuh sendiri ketika mendemonstrasikan pakaian dalam tersebut kepada penonton.

"Saya dengan rendah diri meminta kepada penjual bra di TikTok, tolong sarungkan bra yang dijual tu pada patung mannequin, bukannya dekat badan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap kali balik mengurut, mesti buka cerita aib klien! Ibu hamil ‘pangkah’ saudara sendiri jadi CL, rela upah orang luar

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa menipu ketika bertaaruf, lelaki tergamam si gadis tanya soalan buka aib... Tak rela mengaku kisah video intim

"Saya sebagai wanita berasa sangat malu apabila video kalian lalu di for your page (FYP), terdetik perasaan serba salah dalam hati jika tidak menegur, bukannya niat saya untuk menutup periuk nasi kalian.

"Tujuan saya cuma mahu menjaga maruah seorang wanita, sama ada yang menjual atau melihat. Percayalah daripada 100 mata yang melihat video tu, pasti ada mata yang melihat dengan penuh nafsu dan fitnah.

"Maaf sekali lagi saya mohon kepada semua peniaga Muslimah, saya tegur kerana sayang," ujarnya.

Walaupun bertudung dan berbaju, tapi masih boleh nampak lekuk badan apabila bra ditekapkan pada dada.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkongsi pendapat mengenai isu yang diketengahkan itu.

"Biasanya penjual yang letakkan syarat kepada hos supaya sarungkan pakaian dalam dekat badan, saya pernah dapat tawaran macam tu dulu, Tapi saya tolak sebab segan.

Pelayar turut berkongsi rasa gerun.

"Walaupun ketika tu kita bertudung dan berbaju, tapi masih boleh nampak lekuk badan apabila bra ditekapkan pada dada. Mata lelaki pula tajam kalau pasal bab ni, entah apa benda yang mereka boleh bayangkan.

"Sangat setuju dengan apa yang ditegur, tak padan wanita bertudung menunjukkan benda yang memalukan sebegitu kepada umum," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain