suria

Suri rumah tersakiti meluat rakan-rakan suami datang rumah borak hal pejabat, konon merekalah ‘terpaling’ bekerja!

Suri rumah juga perlu berdepan cabaran dalam kehidupan harian. -Gambar hiasan

SETIAP insan mempunyai pilihan untuk mencorakkan hidup masing-masing.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita yang juga suri rumah sepenuh masa meluahkan rasa terkilan dengan perbualan rakan-rakan suami ketika bertandang ke rumahnya.

Menurut wanita berusia 26 tahun itu, mereka seolah-olah sengaja mengetengahkan topik perbualan tentang kerjaya dan pencapaian profesional, seperti hendak merendahkan martabatnya sebagai seorang suri rumah.

Pengorbanan seorang suri rumah ada kalanya tidak dihargai. -Gambar hiasan

"Hari tu geng suami berkumpul di rumah, mereka bawa sekali isteri masing-masing. Semuanya memiliki kerjaya yang hebat, mereka saling bertukar cerita tentang pekerjaan harian mereka.

"Aku rasa seperti dipalau dalam perbualan pada ketika itu, memandangkan aku tak bekerja dan hanya seorang suri rumah. Aku terasa hati sebab mereka langsung tak ada nak cuba tanya tentang macam mana kehidupan aku.

"Aku hanya di situ seperti tunggul. Aku ni sebenarnya pernah bekerja, dah pelbagai sektor aku masuk. Aku faham je realiti alam pekerjaan macam mana. Aku jadi suri rumah pun sebab dah penat dan suami aku suruh, seronok boleh goyang kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka suami sanggup scam bini sendiri! Masa bercinta izin jadi suri rumah, lepas kahwin tak bagi resign

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gembira famili selalu datang rumah... Tak pernah nampak mak ayah jadi ‘raja’, layan isteri macam hamba

"Berbalik kepada situasi tadi, mereka boleh je nak borak pasal isu semasa, tak perlu semuanya tentang hal kerja. Memang nak aku terasa ke? Tak perlulah nak konon 'terpaling bekerja' kalian tu," luah wanita berkenaan yang jengkel dengan perbualan rakan-rakan suami.

Menjengah ke ruang ciapan balas, rata-rata warga maya dilihat tidak sependapat dengan wanita itu.

“Sesetengah suri rumah sering merasakan mereka mangsa keadaan, 'terpaling' dibenci masyarakat dan 'terpaling' dikecam padahal sebaliknya.

Saya sebagai suri rumah seronok dengar pengalaman orang bekerja, terbuka mata kita.

WARGA MAYA

“Tak pandai bawa diri la awak ni. Aku pun suri rumah juga, tak ada nak tersinggung pun kalau dalam situasi awak tu, mungkin awak terlebih sensitif.

“Jika anda seorang suri rumah yang bahagia, awak tak akan ada perasaan macam ni. Nampak sangat awak tak suka pun jadi suri rumah," ujar sebahagian pelayar.

Dalam pada itu, ada juga pelayar yang memberikan nasihat.

Pelayar bertukar pandangan.

"Patutnya layan perbualan tu dengan santai je, boleh menambah pengetahuan. Saya sebagai suri rumah seronok dengar pengalaman orang bekerja, terbuka mata kita.

"Kata ada pengalaman bekerja, patutnya awak pandai la cari topik untuk dibualkan, bitter sungguh" ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain