suria

Kantin diserbu pegawai kesihatan, tauke risau staf buat salah... Makin terkejut tengok skor tahap kebersihan

Pengusaha kantin sekolah itu dipuji kerana mendapat penilaian markah yang tinggi.

SEORANG wanita menerima pujian ramai kerana menitik-beratkan soal kebersihan di kantin sebuah sekolah yang diuruskannya.

Menerusi video di TikTok, pengusaha kantin dikenali sebagai Nana Shukrii atau Buna itu berkongsi pengalamannya ketika dilawati pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Benda paling Buna takut sejak jadi pengusaha kantin apabila KKM tiba-tiba datang check kantin. Sebab mereka datang terjah terus tak ada nak hubungi buat temu janji dulu ya.

kantin3

Pasangan pengusaha kantin ini mengambil berat soal kebersihan demi kesejahteraan murid-murid serta guru.

"Kebetulan pula Buna tak ada kat kantin sebab ada urusan luar. Apabila staff hubungi beritahu... terus tekan minyak ke kantin. Risau sebab takut keadaan kantin tak kemas dan ada staff buat kesalahan.

"Masa dalam kereta tak berhenti baca doa biar kantin dalam keadaan baik sebab KKM ni memang buat kerja betul. Kalau ada yang tak kena terus saman dan denda," ujar wanita itu.

Dia bagaimanapun menarik nafas lega apabila dimaklumkan kantin seliaannya berada dalam keadaan kemas dan bersih.

Persekitaran kantin kena sentiasa bersih walaupun dalam keadaan sibuk.

NANA SHUKRII

Lebih membanggakan kata Buna, kantin itu turut dipuji dan diberi markah tinggi oleh pegawai yang hadir membuat pemeriksaan.

"Alhamdulillah sampai je kantin rasa lega apabila dengar orang KKM cakap bagus, kantin ni antara yang dapat markah agak tinggi. Tak sia-sia tiap hari Buna banyak membebel dan pentingkan kebersihan kantin.

"Staff KKM siap tanya tak masak kat kantin ke sebab murid tak rehat lagi tapi kantin dah kemas. Tapi tukang masak Buna baru je lepas masak semua lauk. Setiap hari 13 jenis lauk untuk cikgu dan 16 jenis makanan pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ternampak insiden menggelikan di restoran, pemuda terus jadi ‘pembersih’... Ubah tabiat setiap kali makan di luar

ARTIKEL BERKAITAN: “Tempat viral paling tak best dalam sejarah keluarga” - Famous tapi kotor teruk, staf sombong! Gerai roti canai saranan ‘Google’ tak layak dapat walau 1 bintang

"Alhamdulillah kantin Buna dapat markah 94/100. Tersengih sampai telinga Buna masa tengok markah 94 peratus tu," ujarnya lagi.

Tambah Buna, dia juga bersyukur apabila semua pekerjanya sentiasa mendegar kata dan menjaga persekitaran kantin walaupun sibuk dengan tugasan harian.

"Alhamdulillah rezeki dapat tukang masak dan staff yang sangat banyak membantu dan ikut apa yang Buna serta suami nak.

"Persekitaran kantin kena sentiasa dalam keadaan bersih walaupun dalam keadaan sibuk," katanya.

kantin2

Antara makanan yang dijual di kantin itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji sikap pasangan pengusaha kantin itu yang begitu mementingkan kebersihan dalam menyediakan ruang yang selesa buat warga sekolah.

"Ni bukan sekadar berniaga dan bagi makan tapi bagi kasih sayang dan ihsan pada anak-anak... tahniah.

"Insya-Allah kalau dah amalkan habit dan pengurusan yang baik, tinggal macam mana pun staff akan follow. Semoga success selalu.

"Tahniah, bukan mudah nak dapat pujian daripada Jabatan Kesihatan KKM," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain