SUDAHLAH tidak mempunyai common sense, malah menyusahkan orang lain pula. Demikian luahan seorang individu mengenai sikap jirannya yang pentingkan diri dan langsung tidak mahu bertolak ansur sehingga menimbulkan kesulitan kepada penghuni lain. Dalam satu hantaran di grup Facebook, individu berkenaan berkata penduduk terpaksa menahan sabar sejak jiran tersebut menyewa di kawasan perumahan mereka. "Mula-mula dia buat kenduri dan pasang khemah, block jalan. (Kemudian) suruh kami yang rumah-rumah hujung ni parking kereta kat luar dan jalan kaki masuk rumah sebab dia nak pasang khemah," luahnya. Menurutnya, disebabkan menimbulkan masalah kepada penghuni lain, dia bertindak membuat laporan di balai polis namun dakwanya, aduan tersebut tidak dilayan kerana jirannya itu mempunyai 'kabel'. Isu parkir sememangnya sinonim dengan kawasan perumahan. -Gambar hiasan "Saya call balai (polis), tak dilayan. Sebab anak dia kerani di balai polis di situ dan menantu dia pun polis juga," luahnya. Tambah individu tersebut, perangai buruk jirannya tidak terhenti setakat itu saja. Terbaharu, jirannya itu sewenang-wenangnya menjadikan kawasan rumahnya sebagai bengkel kereta pula. ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ‘rancak’ besarkan rumah, lelaki terkejut juru ukur sahkan 70 peratus binaan berada atas tanahnya - “Dia buang kayu penanda” ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati "Bising dan jalan nak masuk rumah jadi sempit sebab dia parking kereta depan rumah, kiri dan kanan jalan. Rumah kami yang dekat hujung jadi susah nak masuk," luahnya. Apa yang lebih mengecewakan, dakwanya, setiap aduan yang dibuat kepada pihak berwajib langsung tidak pernah dilayan, menyebabkan penghuni lain terpaksa akur menanggung derita. Kumpul tanda tangan, kumpul aduan-aduan yang lepas. Ajak empat, lima orang jiran naik pejabat menteri besar. NETIZEN "Dah report kepada majlis perbandaran dua kali. Dan dia (jiran) mengamuk, maki hamun serta mencarut. "Dia kata tahu siapa yang report sebab dia ada kabel besar dalam majlis perbandaran tu. Jadi tak payah susah-susah nak buat report sebab tak ada bagi apa-apa kesan. "Soalannya, memang ada extra klause ke untuk orang yang ada kabel anak-beranak dalam pejabat pihak berkuasa tempatan atau persekutuan untuk buat benda-benda macam tu? "Dan apa yang boleh kami buat? Untuk makluman, dia satu rumah je yang menyewa dekat situ. Kami yang lain semua tuan rumah yang beli rumah-rumah di kawasan tu," tulisnya lagi. Ramai warga maya berkongsi panduan mengenai tindakan yang wajar dilakukan individu berkenaan. Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan majoriti daripada mereka meluahkan rasa geram terhadap jirannya. Malah mereka berkongsi pelbagai pandangan dan saranan untuk mengatasi masalah yang dihadapi individu berkenaan. "Report dekat tuan rumah. Beri tahu masalah penyewa dia yang dari neraka. "Semua jiran kena bersatu. Kumpul tanda tangan, kumpul aduan-aduan yang lepas. Ajak empat, lima orang jiran naik pejabat menteri besar. "Untuk polis, report ke JIPS Bukit Aman beritahu balai tak ambil tindakan. Untuk PBT, report ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) beritahu pihak majlis perbandaran tak ambil tindakan ke atas aduan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube