APABILA mendiami taman perumahan, mempunyai jiran yang bertimbang rasa merupakan satu rezeki tidak terhingga nilainya. Walaupun bukan menetap sebumbung, jiran tetangga boleh diibaratkan sebagai sebahagian daripada kehidupan kita. Melalui satu video tular, pemilik akaun @fzrdefectschecker di TikTok yang juga pakar pemeriksaan kecacatan bangunan memberikan teguran kepada masyarakat mengenai adab memasuki rumah baharu. Antara masalah berbangkit di lokasi pengubahsuaian rumah yang ditegur Fzr. Menurut lelaki yang senang disapa Fzr itu, rata-rata pemilik rumah baharu mengambil enteng tentang kebersihan kawasan sekeliling ketika membuat pengubahsuaian kediaman. "Apabila hidup berjiran, kena belajar bertolak ansur. Banyak isu terjadi dalam kawasan kejiranan ketika renovation rumah. "Pasir dan simen dekat belakang rumah tu tolong kemas apabila renovation sudah siap. Sampah pembinaan juga jangan biar berterabur dalam kawasan rumah orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Adik-beradik kutuk beli rumah lelong, dilabel bodoh berhabis duit untuk hartanah buruk! Lepas 5 bulan sibuk tanya siapa kontraktor ARTIKEL BERKAITAN: Termakan cakap ejen, wanita beli rumah harga lebih RM200,000 tanpa modal... Bulan-bulan ‘sesak’ bayar komitmen, suami pula gaji kecil "Alatan dan barang pembinaan pun jangan sesuka hati pergi menumpang dekat rumah orang. Dalam hal ni kita harus bertoleransi, kita tak tahu keselesaan orang tu macam mana. Mungkin ada pemilik rumah boleh terima, mungkin juga tidak. "Lagi satu permasalahan tentang renovation ni adalah kerosakan ke atas rumah sebelah," ujar Fzr. Tambah Fzr, antara bentuk kerosakan yang sering diperhatikannya adalah pada pagar dan persempadanan unit rumah. Selama ni belakang rumah bersih je, hari tu ada jiran buat renovation terus kotor dengan pasir. WARGA MAYA "Kepada tuan rumah yang buat renovation, kalau pagar rumah sebelah tu dah rosak sebab kalian punya kerja, seharusnya kena bertanggungjawab untuk baiki semula. Jangan la ambil kesempatan. "Bagi sesiapa yang menjadi mangsa kontraktor rumah tak beretika macam ni, saya nasihatkan untuk pergi buat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). "Dengan cara macam ni, pihak berwajib boleh keluarkan saman kepada pemilik rumah terlibat. Kalau dah terkena saman tu, jangan la cakap pemilik rumah tak bertimbang rasa pula. Kalian yang sepatutnya prihatin terlebih dahulu," jelas Fzr. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menzahirkan rasa kecewa dengan sikap pemilik rumah yang sedemikian. Pelayar berkongsi pengalaman. "Geram sangat kalau ada renovation macam ni, segala benda tinggalkan dekat belakang rumah kita. "Sokong sangat apa yang ditegur, selama ni belakang rumah bersih je, hari tu ada jiran buat renovation terus kotor dengan pasir. Sampai sekarang mereka tak cuci, geram je tengok. "Kalau pasal kebersihan tu boleh terima lagi, ini jiran sebelah renovation panjangkan dapur sampai pagar rumah kita pecah, macam mana tu? "Disebabkan masalah sebegini, saya macam nak lari daripada duduk rumah teres, banyak sangat ragamnya. Satu benda lagi saya geram, oang sesuka hati parkir kereta depan rumah," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube