suria

Lelaki mulut celupar, perlekeh tauke gerai sedekah air kordial... Peniaga terus ‘sound’, beritahu kos bancuh boleh bayar ansuran Axia!

Seorang peniaga memberikan air percuma untuk para pelanggan di gerainya. -Foto FB Aazad Melaka

DUGAAN berniaga di gerai bukan sekadar berhujan dan berpanas, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan yang ada kalanya menguji kesabaran.

Menurut peniaga di Masjid Tanah, Melaka, kunjungan seorang pelanggan ke gerainya ketika cuaca panas terik cukup menguji tahap kesabarannya.

"Pukul 11 pagi saya buka payung berniaga... masa tu dah panas. Apabila dah siap susun barang, tiba-tiba datang seorang lelaki ni.

"Nampak macam baru beli makanan di gerai sebelah. Dia kemudian datang singgah tanya... ni air apa dik? Ni air anggur strawberi bang jawab aku sambil tersenyum walaupun penat," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Antara lauk yang laris dijual di gerai. -Gambar hiasan

Difahamkan kain rentang yang tertera mengenai gerainya menjual makanan pada harga murah dan promosi air minuman secara percuma menarik perhatian lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu singgah cedok lauk tapi tak bayar... Ada sebab peniaga ini halalkan makanan minum - “Sehari pakcik tak datang, rasa berdosa”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah makan, staf kafe biadab arah pindah meja! Pengurus ‘sogok’ air free demi ampu pelanggan kereta mewah

Menurut cerita si peniaga lagi, lelaki itu meninggikan suara bertanyakan sama ada air minuman di gerainya benar-benar diberikan secara percuma atau tidak.

"Air kau percuma kan? Ye bang percuma, siapa-siapa yang beli makan atau lauk kat sini memang saya kasi percuma. Ibarat sedekah daripada saya," ujarnya yang mengimbas kembali perbualannya dengan lelaki itu.

Beraneka air minuman menarik perhatian pelanggan. -Gambar hiasan

Sambil memegang sebungkus makanan dibeli di gerai sebelah, lelaki itu dengan angkuh meminta air minuman secara percuma daripadanya.

"Habis, abang dah beli makan dah ni, boleh ke ambil? Boleh bang, ambil la bang jawab aku masih tersenyum walaupun panas terik," ujarnya tanpa mempersoalkan permintaan lelaki itu.

Tak malu ambil air free tapi boleh bebel pula.

WARGA MAYA

Tiada ucapan terima kasih, namun apa yang mengejutkan apabila pelanggan itu akhirnya meluahkan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

"Dia boleh cakap pula air kordial je pun. Saya ketika itu terus berhenti buat kerja dan pergi rapat kat dia. Rasa nak ratah-ratah telinga dia.

"Inilah orang panggil tak bersyukur. Saya sedih, rasa tak dihargai. Saya cakap... air kordial ni sebulan boleh bayar ansuran kereta Axia bang," jelasnya.

Bukan berkira, tetapi peniaga itu mahu menjelaskan bahawa pemberian air minuman percuma itu tetap memerlukan modal.

Sebuah gerai di Masjid Tanah, Melaka menjual makanan berlauk. -Foto FB Aazad Melaka

"Bukan saya nak berkira, tapi abang cakap macam tu pula. Modal air ni sehari kira-kira RM18 bang, belum masuk saya tadah air di rumah lagi.

"RM18 darab dengan 26 hari saya berniaga. Jangan macam tu bang... abang kena hargai orang di sekeliling abang.

"Apabila saya dah bebel macam tu, terus dia minta maaf. Moral kat sini, hargailah setiap perkara baik yang datang dalam hidup kamu," katanya lagi.

Di ruangan komen, peniaga itu menjelaskan dia tetap memberikan air minuman percuma meskipun individu berkenaan tidak membeli makanan di gerainya.

Rata-rata warga maya turut kesal dengan sikap angkuh pelanggan berkenaan yang tidak bersyukur dengan pemberian air minuman percuma.

"Benda free tak bersyukur, mungkin orang senang kot. Tak pandang air kordial macam tu. Tak apa lah, moga abang dimurahkan rezeki selalu, Amin.

"Syabas abang, orang macam tu memang kena 'sound' (tegur). Tak malu ambil air free tapi boleh bebel pula," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain