suria

Duit, kad kredit hilang ketika bercuti di Jepun! Puas fikir, geng anak muda Malaysia dapat agak angkara siapa

Kehilangan barang berharga boleh membantutkan percutian. -Gambar hiasan

MALANG nasib apabila percutian ke Jepun yang sepatutnya menggembirakan tergendala disebabkan satu insiden tak disangka-sangka.

Begitulah kisah yang dikongsi seorang pemuda dan rakan-rakannya, apabila duit yang mereka bawa untuk melancong tiba-tiba lesap.

Menurutnya, mereka sekumpulan mula menyedari tentang perkara itu ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun.

Kejadian hampir sama dikongsikan warga maya. -Foto TikTok @keigenstar

"Seorang ahli kumpulan kami dapat notifikasi memaklumkan ada orang guna kad kredit dia. Kami mula pelik, tapi kami beranggapan mungkin ada penggodam yang akses kad tu. Jadi kami terus hubungi bank untuk tutup kad kredit.

"Tapi kemudian ada kad kredit kedua dalam kumpulan kami yang juga dapat notifikasi kata sudah digunakan. Tak kan la penggodam sama sasarkan kumpulan kami, mustahil satu kebetulan. Kami dah mula tak sedap hati.

"Apa-apa pun kami teruskan juga perjalanan ke hotel, lepas je kami sampai, kawan terkejut tengok dalam dompet semua kad kredit dah hilang. Paling mencurigakan semua wang tunai dalam ringgit dan yen pun hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera Malaysia hampir dipedaya gadis Jepun! Diumpan melawat Gunung Fuji... Tak sedap hati diekori 2 lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Puluhan tetamu AirBnB ‘tersadai’ tepi jalan sampai malam, penduduk simpati tapi puas hati hak terpelihara

"Jumlah semua sekali hampir RM6,000 hangus. Kawan lain pun terus periksa dompet masing-masing, rupanya ada seorang lagi kawan yang juga senasib, habis hilang semua," ujar lelaki berkenaan hampa.

Mereka sekumpulan kemudian cuba mengimbas kembali pada waktu bila pencuri terbabit berpeluang menggeledah dompet mereka.

"Kami rasa pencuri tu buat 'kerja' waktu dalam pesawat nak ke Jepun sebab kedua-dua kawan tu letak dompet dalam bagasi yang diletakkan di ruang penyimpanan di atas.

Tolong la jangan letak dompet, pasport atau dokumen penting dalam ruang penyimpanan di atas, pastikan sentiasa berada pada tubuh kita.

WARGA MAYA

"Mungkin ketika kami semua tengah tidur, pencuri tu pergi selongkar beg kami. Ini kali pertama terjadi kepada kami, jadi mohon berwaspada semua kalau nak melancong," katanya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya tampil menjelaskan bahawa modus operandi sedemikian sering berlaku di dalam pesawat.

"Benda ni sudah agak lama terjadi, sentiasa perhatikan keadaan sekeliling anda. Pada Julai lalu, ada orang Malaysia yang terkena perkara sama, tapi nasib baik sempat tangkap.

"Bayangkan dah bersemangat nak bercuti semua, sekali duit hilang, sedih weh," ujarnya memberikan nasihat.

Pelayar berkongsi pandangan.

Dalam pada itu, segelintir pelayar berpandangan tindakan meletakkan barangan berharga berjauhan daripada diri ketika di tempat asing adalah satu kecuaian diri sendiri.

"Tolong la jangan letak dompet, pasport atau dokumen penting dalam ruang penyimpanan di atas, pastikan sentiasa berada pada tubuh kita.

"Beli beg sandang atau beg kecil yang sesuai untuk simpan barang-barang berharga.

"Mereka (pencuri) ni biasanya dah perhatikan kita sejak awal lagi, dekat mana kita simpan barang mereka akan peka, kena sentiasa berhati-hati.” kata sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain