suria

Anak ketagih seks sejenis, selepas rakan ‘try’ laki dewasa pula! Pakar motivasi halang ibu hantar ke pusat tahfiz

Segelintir remaja mengakui hubungan sejenis berpunca daripada ketagihan pornografi. -Gambar hiasan

MASALAH ketagihan seks dalam kalangan anak muda dan golongan remaja semakin membimbangkan.

Menerusi hantaran terkini, seorang penceramah motivasi Mohd Fairuz Abu mendedahkan gejala sosial melibatkan seorang remaja lelaki yang menjalinkan hubungan songsang.

Memulakan cerita, dia yang lebih popular dengan gelaran Akhi Fairuz berkata, ibu kepada remaja terbabit menghubunginya bagi meminta pandangan berhubung anak yang ketagih hubungan seks sejenis.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibunya untuk menghalang kegiatan tidak bermoral anak kesayangan bukan sahaja tidak berhasil, malah remaja itu dilaporkan menjadi semakin berani apabila mula menghubungi lelaki dewasa dan berbual lucah.

25222

Perbualan mesej remaja terbabit yang didedahkan ibunya.

"Tuan, apa lagi saya boleh buat? Saya buntu. Tak tahu nak buat apa dah.

"Saya ingatkan lepas pindah sekolah, anak saya tak terdedah dengan kegiatan begini (hubungan sejenis). Rupa-rupanya makin melampau," ibu kepada remaja tersebut mengadu kepadanya.

Menurut Akhi Fairuz, remaja berkenaan merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah dan tinggal di asrama.

Namun disebabkan terdedah pada pornografi sejak berusia 13 tahun, dia cenderung untuk menyentuh alat sulit rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak usia 15 tahun ketagih seks, tiduri ramai lelaki... Doktor terkejut famili minta pasang implanon, nak cegah hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ketagih seks terkam budak perempuan di pasar malam! Pernah ugut nak bunuh ibu gara-gara tak dapat duit langgan pelacur

"Anaknya mula terjebak dengan homoseksual di sekolah asrama. Awalnya sekadar bergurau dengan kawan, sentuh private part satu sama lain.

"Apabila dah jadi kebiasaan, lama-lama dia onanikan kemaluan kawan sampailah dia jadi seronok.

"(Selepas pihak) sekolah dapat tahu, si ibu diberikan dua pilihan sama ada anaknya digantung sekolah atau dipindahkan," katanya yang pernah bertemu remaja itu beberapa tahun lalu.

Bercerita lanjut, ujar Akhi Fairuz, disebabkan bimbang remaja terbabit mengalami masalah keciciran, ibunya memutuskan untuk menghantarnya ke sekolah harian biasa.

Beratnya ujian ibu bapa sekarang ni, nak didik anak lelaki jadi qawwam, beriman dan bertanggungjawab bukan senang.

WARGA MAYA

"Kini ibunya terjumpa perbualan lucah dia dengan seorang lelaki dewasa yang dikenali menerusi aplikasi gay.

"Penuh dengan ayat-ayat mesra, luah yang dirinya 'sangap', sanggup bayar servis untuk puaskan nafsu dan siap rancang bila nak bertemu," tambahnya lagi.

Menurut Akhi Fairuz, situasi tersebut membuatkan ibu remaja itu semakin bimbang sehingga akhirnya memaklumkan masalah yang membelenggu kepada bekas suaminya.

Susulan itu, bekas suami berhasrat menamatkan persekolahan anak mereka dan menghantarnya ke pusat tahfiz.

Akhi Fairuz sering menjadi rujukan ibu bapa kepada remaja bermasalah.

Akhi Fairuz sering menjadi rujukan ibu bapa kepada remaja bermasalah.

"Apabila saya dapat tahu tentang cadangan tersebut, saya terus larang. Anak memang boleh hafal Quran tapi ketagihan pada jantina sejenis?

"Silap haribulan, habis budak-budak di tahfiz kena sexual grooming. Tahfiz bukanlah tempat pemulihan akhlak.

"Jadi saya cadangkan remaja ini dirujuk dengan kaunselor, terapis atau psikiatris. Sesi kaunseling yang dijalani serta rawatan terapi dapat membantu selain beri harapan yang dia boleh berubah," katanya memberi cadangan.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya berkongsi punca utama masalah ketagihan seksual dalam kalangan remaja.

Warga maya juga tidak setuju jika tahfiz dijadikan 'tempat pembuangan'.

Warga maya juga tidak setuju jika tahfiz dijadikan 'tempat pembuangan'.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan berhubung kegiatan tidak bermoral yang melanda masyarakat masa kini.

"Biasanya yang terjebak ke arah homoseksual ni sebab berlaku peristiwa trauma dicabul. Mak ayah perlu tanyakan pada tuan badan tentang kejadian yang pernah berlaku.

"Semoga dijauhkan anak keturunan kita yang bernafsu dengan hubungan sejenis.

"Beratnya ujian ibu bapa sekarang ni, nak didik anak lelaki jadi qawwam, beriman dan bertanggungjawab bukan senang.

"Try homeschooling dulu dan jauhkan dia dengan punca utama iaitu telefon, tapi kalau anak saya, tiada isitilah pujuk... saya bagi dua pilihan je, nak duduk rumah atau pusat pemulihan," demikian perkongsian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain