KUALITI makanan merupakan aspek paling penting yang perlu dijaga oleh setiap peniaga. Di aplikasi TiKTok, seorang peniaga dari Kelantan tular apabila dia secara terbuka mengaku kesalahannya menghidangkan nasi yang tidak masak kepada pelanggan. Dalam video penjelasannya, dia meluahkan rasa kesal apabila pelanggan sama turut dihidangkan dengan daging yang keras ketika menjamu selera di kedainya. Tangkap layar video tular di aplikasi TikTok. "Allahukahbar, hari ini saya terima satu ujian, memang salah saya. Saya nak minta maaf banyak kepada pelanggan yang datang kedai saya. "Tadi pun dah minta maaf dengan dia tapi saya tak puas hati. Kesalahan saya, nasi tak masak, rasa butir-butir. Saya tak tahu apa masalah terjadi kepada saya hari ini. "Yang kedua daging saya keras. Saya tak tahu kenapa, tak tahu tak kena di mana. Nasi tak masak, daging keras," ujarnya yang berniaga di Pasir Tumboh. Nasi yang tak masak, sebekas saya buang, bagi kepada ayam. PENIAGA KEDAI MAKAN Menurut lelaki itu, kejadian seperti itu kali pertama berlaku sepanjang hampir lapan bulan dia berniaga. "Hari ini, hampir lapan bulan saya berniaga. Pertama kali berlaku kepada saya, saya minta maaf semua. "Nasi yang tak masak, sebekas saya buang, bagi kepada ayam. Daging tak tahu silap bakar atau terlebih masak," jelasnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sedih 30 ekor ayam perap terpaksa dibuang! Pelanggan tak nak tahu masalah, jangan jadikan alasan naik harga ARTIKEL BERKAITAN: Harga kerepek RM480, pelanggan baik hati hulur 1K! Pemuda ini borong semua, gembira nenek penjaja kaki lima boleh balik awal Pada penghujung video, dia turut meminta agar pelanggan tersebut tidak serik untuk berkunjung ke kedainya lagi. "Jadi kepada pelanggan, kalau tengok video ini, harap dia jangan putus asa, minta dia datang semula makan di kedai saya. "Mungkin kalau dia tengok video, dia tahu. Tapi saya betul-betul nak minta maaf. Ini kesalahan saya, saya terima kesalahan saya," ujarnya lagi. Video yang meraih lebih 200,000 tontonan itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Pelanggan berhak mendapat hidangan berkualiti, setanding harga yang dibayar. -Gambar hiasan "Kalau saya, saya maafkan. Tapi tak akan datang dah. Pantang makan nasi mentah. "Terbaik. Nampak keikhlasan tuan dalam meminta maaf dengan kesilapan sendiri. "Mengaku silap tu mahal. Semoga abang dimurahkan rezeki. "Minta pelanggan tu datang semula, bagi hidangan percuma sebagai tanda minta maaf," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube