SEIRING peningkatan usia, wajah serta bentuk tubuh seseorang juga akan berubah, lebih-lebih lagi seorang wanita yang sudah melahirkan anak. Ketika inilah ada segelintir suami menggunakan peluang untuk mencari suri hati baharu atas alasan isterinya sudah tidak kelihatan menarik. Dalam satu hantaran di media sosial, seorang lelaki berkongsi mengenai situasi rumah tangganya yang semakin hambar, didakwa kerana isterinya mengabaikan soal penampilan diri. "Saya dah 20 tahun kahwin dengan isteri. Anak ada empat. Mula-mula semua baik tak ada masalah tapi semakin lama rasa tak berminat dengan dengan isteri. "Dah tua tu biasalah... saya pun lebih kurang je. Tapi dia (isteri) walau bekerja dia tetap selekeh. "Kurang jaga penampilan, kulit dia tak jaga, muka suka berkerut sepanjang masa," kongsinya. Kesibukan tugasan di pejabat dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga menyebabkan sesetengah wanita tidak mempunyai masa memanjakan diri sendiri. -Gambar hiasan Menurut individu berkenaan, dia sudah mencuba membantu isterinya memperbaiki penampilan namun wanita tersebut seolah-olah tidak memberikan kerjasama. "Pernah saya hantar dia pergi spa, dia tak suka katanya tak boleh orang lain pegang dia. Lama-lama saya reda," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 dekad kahwin, wanita baru tahu dah 3 tahun dirinya dimadukan! Famili mentua bantu suami sorok pernikahan ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nak undur masa, kahwin 2 cuma tambah masalah! Sedih isteri pertama dah tak manja, diri hanya jadi ‘bank’ anak tiri Dipendekkan cerita, tambah individu tersebut, secara tidak disangka pintu hatinya terusik dengan kehadiran insan lain sehingga membuatkan dirinya terdetik untuk menyunting wanita berkenaan sebagai isteri. Namun begitu, hasratnya terbantut seketika lantaran keluarga wanita tersebut menetapkan syarat sebelum mereka bernikah. Baguslah keluarga bakal mentua yang kedua bagi syarat macam tu. Pandai-pandailah fikirkan. NETIZEN "Sekarang ni tiba-tiba ada seorang wanita 30an belum kahwin, sesat entah bagaimana, Allah hadirkan dia dalam hidup saya. "Saya berkenan dan dia pun suka serta sanggup bermadu. Berhajat nak ambil dia sebagai isteri masa terdekat ini tapi keluarga dia tetapkan kena minta izin isteri saya dahulu. Syarat ni buat kami yang rasa terseksa. "Apakah keluarga dia punyai hak untuk syarat seperti ini? Nak bina masjid pun kena banyak pakai syarat ke?" luahnya. Antara reaksi netizen yang mengecam individu berkenaan. Perkongsian individu berkenaan bagaimanapun mengundang kecaman daripada warga maya yang menyifatkan sikapnya umpama peribahasa 'habis madu sepah dibuang'. "Dia lawa sebab single, bang. Esok jadi bini selekeh juga sebab nak uruskan kau. "Ini namanya lelaki tak menundukkan pandangan. Kekurangan isteri nampak sangat. "Baguslah keluarga bakal mentua yang kedua bagi syarat macam tu. Pandai-pandailah fikirkan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube