TIDAK dinafikan, golongan ibu mentua yang toksik sememangnya wujud dalam dunia realiti. Jika melihat hantaran-hantaran di media sosial, pelbagai kisah dikongsikan mengenai kerenah mentua masing-masing, antaranya kaki kongkong, kuat mengumpat, mata duitan dan sebagainya. Dalam satu hantaran, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan perangai ibu mentuanya yang disifatkan amat menjengkelkan kerana 'pantang' melihat anak menantu senang. "Kenapa ye ada mak-mak yang tak boleh tengok anak menantu berjalan sikit... terus cop banyak duit dan terus minta duit. "Sebelum ni susah... tak merasa nak berjalan. Dapat berjalan jauh pun sebab company trip, ikut company suami yang buat. "Kami laki bini baru je merasa senang sikit. Itu pun dah lima tahun kahwin baru merasa. Kami bawa duit pun cukup-cukup makan. Tak bawa pun duit lebih untuk shopping," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. Menantu dan ibu bapa mentua perlu mempunyai sikap menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. -Gambar hiasan Kongsi wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini lagi, ibu mentuanya juga tidak pernah 'lupa' mengingatkan suaminya setiap kali tibanya hari gaji mengenai 'bahagiannya'. Tambahnya, perangai warga emas tersebut semakin menjadi-jadi selepas bapa mentuanya kehilangan kerja sehingga terpaksa bergantung kepada anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua mulut lancang, isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri! Dipaksa melutut minta maaf ketika raya "Tiap bulan hari gaji, awal-awal dah chat anak dia (suami) ingatkan pasal bagi duit dekat dia. "Sedangkan komitmen hutang-hutang, bil rumah belum tolak lagi. Gaji pun tak masuk lagi. Bila suami cakap 'tengok nanti gaji macam mana', dia akan mengungkit macam-macam. "Mak mentua duduk dengan ipar di negeri lain. Adik ipar pula tak boleh harap sebab masuk keluar penjara. Orang nampak macam kami ni berduit tapi hanya Allah je tahu. "Waktu makan kena berjimat orang tak nak tahu pula," luahnya lagi. Ada je family mentua macam tu, lepas tu kalau nak pergi mana-mana memang kena beritahu. NETIZEN Menafikan dirinya seorang isteri yang berkira dan mengongkong suami, wanita tersebut berkata dia sekadar berkongsi realiti sebenar kerana pendapatan bulanan yang diperoleh hanyalah cukup-cukup makan untuk keluarga kecil mereka. "Saya pula waktu kecil banyak benda saya tak merasa, jadi bila dah ada anak, saya usaha untuk anak saya rasa benda-benda yang tak pernah saya rasa. "Saya usaha nak buat anak gembira. Sebab saya tak nak anak lalui macam mana saya lalui waktu kecil," luahnya lagi. Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman pahit dengan mentua masing-masing. Sebahagian komen warga maya terhadap luahan wanita berkenaan. Bagaimanapun ada juga yang menyarankan agar wanita tersebut bersabar dan berdoa supaya ibu mentuanya berubah. "Mentua toksik gitu, mata duitan, saya biasa lalui. Sampaikan suami saya terpaksa berhutang dengan kawan-kawan dia sebab nak bagi dekat family dia. Kalau tak bagi, macam-macam orang hina. "Ada je family mentua macam tu, lepas tu kalau nak pergi mana-mana memang kena beritahu. Kalau tak beritahu akan menjadi satu kesalahan yang besar. "Aku kalau mak mentua nak datang, habis semua stok-stok barang yang beli lebih-lebih semua aku sorok dalam stor. Tak boleh tunjuk mewah. Kalau holiday, kami tak cerita," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube