suria

Pemuda buat main kematian ibu, jadikan alasan tak masuk kerja... ‘Kantoi busuk’ hantar sijil kematian palsu daripada Google!

Sesetengah pekerja gemar memberikan alasan kematian apabila gagal hadir bekerja. -Gambar hiasan

HIDUP menipu memang tidak akan senang.

Dalam satu hantaran tular di media sosial, seorang individu dikenali sebagai Nazriezal Nik Aziz berkongsi tentang kisah rakan sekerjanya yang gemar mengambil kesempatan dan tidak berdisiplin dalam menjalankan tugas.

"Budak ni ponteng kerja atas alasan motor rosak. Apabila tanya sebab rosak selepas dia pergi kedai motor, dia jawab klac putus.

"Keesokan harinya, dia ponteng lagi... tapi kali ni alasan bahaya sikit sebab katanya mak dia meninggal di Sarawak," ujarnya di laman Thread.

Sijil kematian yang dihantar menepati carian Google.

Sijil kematian yang dihantar menepati carian Google.

Menurutnya, khabar duka yang dimaklumkan itu membuatkan seluruh rakan sekerja terkejut dan turut bersimpati.

Malah katanya, pemuda itu datang ke pejebat untuk menyerahkan kunci kedai dan baju dalam keadaan tak terurus di samping mengenakan baju terbalik.

"Datang tak terurus, pakai baju terbalik dan menangis teresak-esak. Siapa je tak sedih kan?

"Kemudian dia cakap yang ayah dengan adik dia tinggalkan dia di Kuala Lumpur sedangkan mereka terus terbang ke Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Call tak angkat, mesej tak balas pemuda terus terjah pejabat! Terkejut belum ada staf masuk kerja - “9.13 pagi masih tutup, waktu operasi mula jam 8”

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

Lagi sedih, dia cakap berita kematian tu dimaklumkan sepupu dan bukan ahli keluarga dia," ujarnya lagi sambil menambah rakan terbabit juga gemar meminjam duit.

Menurut Nazriezal lagi, selepas memaklumkan tentang perkara tersebut, rakan sekerjanya itu sempat meminta pinjam wang daripadanya dan seorang lagi pekerja senior.

"Dia nak naik kapal terbang balik Sarawak, sempat dia nak pinjam duit aku dengan senior... katanya tak cukup duit.

"Kemudian pengurus aku bongkarkan perkara sebenar selepas minta sijil kematian ibu budak ni... pengurus aku masih percayakan dia dan tak mahu buang.

Berani dia tipu atasan macam tu, dia ingat orang atasan ni level SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ke?

WARGA MAYA

"Tapi dia bagi sijil kematian Sarawak dan pengurus pula expert bab carian di Google, kantoi dia ambil daripada web tanpa buat editing," tambahnya lagi.

Lebih mengundang kemarahan apabila penipuannya terbongkar selepas tarikh kematian yang direkodkan pada sijil mati berkenaan adalah Ogos 2011.

Susulan itu, rakan sekerjanya dsahkan menipu dan diberhentikan kerja kerana memalsukan dokumen.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya berkongsi pengalaman berhadapan dengan individu seperti rakan sekerja Nazriezal.

Warga maya turut berkongsi pengalaman sama.

Warga maya turut berkongsi pengalaman sama.

"Waktu awal kerja dulu ada juga rakan buat macam ni, selalu tak masuk pejabat dengan macam-macam alasan. Satu hari dia kata ada kemalangan dan hantar gambar... senior memang tak percaya langsung, jadi dia buat carian di Google dan terjumpa gambar yang sama.

"Berani dia tipu atasan macam tu, dia ingat orang atasan ni level SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ke?

"Teringat adik cerita, staf dia maklumkan rumah terbakar, siap bagi gambar... semua percaya dan buat derma untuk tolong, dapat dalam RM8,000. Staf tu pun nak berhenti kerja, kemudian ada yang Google dan kantoi semua kena tipu.

"Teringat kisah bekas ketua aku, alasan tak munasabah langsung, pokok pisang tumbang depan rumah, jiran meninggal tiap minggu," demikian perkongsian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain