suria

Bekas pekerja terlibat kemalangan minta duit pampasan, ugut lapor pejabat buruh... Selepas selidik rupanya berlaku semasa kerja ‘part time’

Ramai anak muda gemar melakukan kerja sambilan. -Gambar hiasan

DEMI menambah pendapatan dan menampung komitmen bulanan, ramai antara kita melakukan kerja sambilan meskipun sudah mempunyai pendapatan tetap.

Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisah mengenai pekerjanya yang turut melakukan kerja sambilan.

Wanita itu pada mulanya tidak mengetahui tentang hal berkenaan sehinggalah apabila pekerjanya terlibat dalam kemalangan.

"Pekerja saya kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja sambilan dia. Dia buat part time tanpa pengetahuan saya," ujarnya yang mengusahakan sebuah kedai makan.

Berniaga antara kerja sambilan yang sering dilakukan wanita. -Gambar hiasan

Berniaga antara kerja sambilan yang sering dilakukan wanita. -Gambar hiasan

Akibat kemalangan berkenaan pekerja terbabit mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung halamannya di Sarawak selepas kira-kira tiga minggu berkhidmat.

Beranggapan perkara tersebut selesai, dia tidak menyangka bahawa bekas pekerjanya itu tiba-tiba membuat ugutan dan ingin melaporkan tentangnya kepada pejabat buruh.

Bukan itu sahaja, dia juga diminta memberikan sejumlah wang sebagai pampasan atas kemalangan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas intai anak habis SPM kerja sambilan, mak ayah menangis dalam kereta! - “Biar mama tahu susahnya orang lelaki cari rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tebal muka datang dewan kenduri, kesat air mata rayu nak kerja sambilan... Rupanya tengah cari duit segera buat beli lauk

"Kemalangan berlaku semasa dia ke tempat kerja sambilan iaitu selepas habis shif kerja dengan saya.

"Masalahnya dia minta saya yang cover kos kemalangan dialami dan menyatakan saya mengabaikan dia.

"Rahsia dia pecah selepas salah seorang staf saya maklumkan tentang perkara tersebut," katanya lagi.

Kerja part time itu adalah masalah dan tanggungjawab pekerja itu sendiri... awak memang tidak ada apa-apa kaitan.

WARGA MAYA

Tambah wanita ini lagi, dia juga sebelum itu sudah menampung kos rawatan serta tiket penerbangan pulang berkas pekerja itu ke Sarawak sebelum mengetahui kemalangan berlaku semasa dalam perjalanan melakukan kerja sambilan.

Baginya tuntutan yang dibuat adalah tidak adil memandangkan kemalangan berlaku selepas habis waktu bekerja.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya mencadangkannya supaya dia membuat laporan polis bagi melindungi diri.

Kebanyakan warga maya menyarankan supaya dia membuat laporan polis.

Kebanyakan warga maya menyarankan supaya dia membuat laporan polis.

Malah ada yang menyatakan kemalangan yang berlaku bukanlah tanggungjawabnya sebagai majikan kerana individu tersebut dalam perjalanan ke tempat kerja sambilan.

"Buat laporan polis kamu diancam oleh dia... dia kemalangan sebab part time. Dia kena tanggung kos masuk hospital sendiri.

"Tak ada kena mengena dengan awak. Tak perlu takut, abaikan dan jangan bayar sesen pada dia. Dia tak jujur dan peras ugut.

"Kerja part time itu adalah masalah dan tanggungjawab pekerja itu sendiri. Dia kemalangan semasa buat part time di tempat lain, selepas waktu bekerja di kedai makan awak. Sebagai bekas majikan, awak memang tidak ada apa-apa kaitan lagi dengan pekerja tersebut.

"Untuk claim Perkeso, perjalanan pergi dan balik kerja di tempat kerja majikan sahaja. Lain-lain, tak akan dilayan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain