suria

Individu tipu bank guna slip gaji palsu, terkejut HR pun dapat tahu... Ramai syak hukuman buang kerja menanti!

Wang boleh menyebabkan segelintir individu gelap mata sehingga tidak jujur dalam berurusan. -Gambar hiasan

SETIAP pekerja boleh dikenakan tindakan sekiranya mereka melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan syarikat.

Begitulah nasib seorang individu yang mendedahkan dia dipanggil pihak pengurusan tempat kerjanya atas alasan memalsukan slip gaji.

Akui individu itu, perbuatannya terbongkar selepas pihak bank menghubungi syarikatnya berhubung pemalsuan dokumen berkenaan.

file6ezu6083out1kvgutc6k

Setiap pekerja perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan syarikat mereka. -Gambar hiasan

"Aku kantoi tipu slip gaji dengan bank. Kantoi sebab apabila mereka rujuk kepada pihak sumber manusia (HR). Sekarang ni pihak pengurusan nak jumpa aku.

"Nak tanya, apa tindakan yang aku akan kena daripada pihak syarikat dan pihak bank?" soal individu itu.

Kisah mengenai pekerja itu meraih perhatian ramai selepas dia membuat perkongsian menerusi laman X.

Tak logik nak tipu, bank tengok caruman setiap bulan pun dah boleh kira gaji pokok awak.

NETIZEN

Malah, kisahnya turut dikongsi semula ke platform TikTok sehingga ia dihujani komen netizen.

Menurut seorang lagi wanita, dia juga pernah mendengar kisah hampir sama yang berlaku kepada rakan sekerja ahli keluarganya.

"Kawan sekerja makcik aku pun macam tu. Basic dah RM5,000 tapi sebab banyak komitmen, dia tipu slip gaji sebab nak buat pinjaman lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos pening syarikat terlepas banyak job, rupanya staf ‘curi’ klien... Tawar servis ikut ‘pintu’ belakang

ARTIKEL BERKAITAN: Terang-terang nampak butang ‘pay’, pelanggan kantoi tipu bayar guna kod QR... Peniaga pasar malam hilang sabar, hempuk guna sudip!

"Bank hubungi HR dan terus kena buang serta-merta. Yang saya tahu, dia terdesak nak guna duit, kesian sebab dia kena buang.

"Macam mana dia nak sara keluarga? Memang salah dia. Tapi sebagai manusia, mestilah kesian walaupun tahu itu salah dia," komen individu itu.

Dalam pada itu, netizen turut menyelar tindakan kurang cerdik pengadu yang boleh memberi kesan buruk terhadap kerjaya dan kehidupannya.

People using the ATM Machine in Kuala Lumpur. -MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

Gaji merupakan sumber pendapatan utama setiap individu. -Gambar hiasan

"Boleh kena buang kerja, didakwa kerana menipu dan disenarai hitam oleh bank. Tak logik nak tipu. Bank tengok caruman setiap bulan pun dah boleh kira gaji pokok awak.

"Tipu dokumen rasmi ni kesalahan besar, kalau bank atau syarikat lapor polis, boleh masuk ke dalam (penjara).

"Padan muka. Nak berbelanja tak ukur baju kat badan sendiri. Itulah makan dia.

"Pemalsuan dokumen adalah satu jenayah. Ada harapan kena buang kerja," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, mana-mana individu yang melakukan pemalsuan dokumen bagi tujuan menipu, anda sebenarnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain