suria

“Bagi RM1 juta pun aku tak nak duduk” - Usang, menakutkan... Wanita nak healing terkejut tengok apartment ditempah!

Percutian keluarga menjadi memori pahit apabila apartment yang ditempah usang dan terbengkalai- Gambar hiasan

PERCUTIAN keluarga yang sepatutnya menjadi pengalaman indah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila apartment yang ditempah didakwa terbengkalai dan tidak selamat diduduki.

Siapa yang mahu menginap di apartment dengan persekitaran yang usang dan menyeramkan, bukan?

Begitulah kisah seorang wanita yang berkongsi pengalaman pahitnya selepas membuat tempahan sebuah apartment tiga bilik di Selangor menerusi satu aplikasi.

"Pernah kena scam resort masa pergi sebuah resort dek gian memancing, tangkap pepahat la.

photo_2024-09-10_14-18-54

Bahagian lif dan sebahagian ruang apartment yang ditempah.

"Masa sampai ruang penyambut tetamu, tiba-tiba receptionist cakap, ni (tempahan) bukan bawah diaorang. Mereka kendalikan dua blok saja. Ni bawah direct owner. Dia minta aku berurusan dengan owner .

"Pulak, OK la. Sampai dekat blok tu, aku terus putuskan tak nak duduk! Gila kalau tengok!" katanya.

Disebabkan sudah membuat tempahan, wanita ini mempunyai keinginan untuk melihat unit yang ditempah, justeru dia meminta salah seorang bapa saudara menemaninya naik ke atas.

Belum sempat naik ke atas, mereka amat terkejut melihat keadaan lif yang buruk dan suasana blok yang usang tanpa penghuni.

photo_2024-09-10_14-23-35

Suasana di bahagian luar dan dalam apartment.

"Masa ni Pak Teh aku teman naik, aku gagah nak juga tengok. Masa ni enam bulan mengandung Nadine (anak kedua). Tak ada orang tau dekat blok ni.

"Korang tengok 'hallway'nya. Sebelum aku fikir hantu, aku fikir keselamatan. Ini kalau apa-apa jadi, 'naya Pak Karim!'

"Masuk unit tu dah semacam je rasa. Memang tak lah. Aku mengandung, ada anak setahun lebih. Mengucap. Pak Teh aku pun suruh blah," katanya sambil berkongsi gambar-gambar di bahagian dalam dan luar apartment.

ARTIKEL BERKAITAN : Patut dah check-in... plan 4 sekawan nak rai bakal pengantin punah akibat scam promosi resort, hanya tahu hal sebenar 2 hari sebelum bercuti - “Haram tetap haram”

ARTIKEL BERKAITAN : Individu tempah Airbnb terselamat dari ditipu, dapat hidu helah scammer! Buat aduan terus dapat refund, tapi ada syaratnya

Paling mengejutkan apabila dia melihat pita kuning yang biasanya digunakan oleh pihak polis di mana-mana lokasi jenayah atau kemalangan.

"Worst sebelah bilik kitaorang ada yang tape kuning tu. Dah macam tempat jenayah. Serious la kau tempat macam ni diiklankan. Dah bayar tau," katanya yang sukar percaya dengan apa yang dilihat.

OMG sis saya pernah duduk sini tahun 2021 betul-betul after PKP, memang seram.

WARGA MAYA

Melihat suasana seperti itu, dia terus menghubungi syarikat dia membuat tempahan bagi mendapatkan pemulangan wang.

Setelah berunding dan melihat bukti-bukti yang dikemukakan, pihak berkenaan bersetuju untuk memulangkan jumlah yang telah dibayar.

"Mula-mula dia cakap tak boleh refund sebab ye la on the spot kan. Aku hantar email cakap, you can see the pictures, asbab keselamatan aku tak nak duduk dekat sini.

"Lepas puas aku bercakap, mereka setuju untuk refund. Tolong la, tempat begini kau iklankan dah kenapa? Selamat la mereka bagus refund duit aku. Diaorang sendiri terkejut tengok keadaan sekeliling," katanya.

photo_2024-09-11_15-18-21

Antara komen warga maya.

Bagaimanapun, wanita ini menganggap bahagian bilik apartment ini sebagai 'OK'.

"Dalam bilik dia OK. Cuma tak selesalah. Aircond semua berfungsi.

"Tapi eee bagi sejuta pun aku tak nak duduk tempat sebegitu," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mendakwa pernah berdepan dengan situasi seperti itu.

"Yup. Teruk your room tu. Boleh report ke Motac.

"OMG sis saya pernah duduk sini tahun 2021 betul-betul after pkp, memang seram.

"Saya stay sini pun tak sanggup stay sis. Saya pernah stay dua hari satu malam sini before PKP, tu pun dah scary gila. Inikan after PKP memang tersadai teruk," tulis beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain