GARA- gara si peminjam langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk membayar kembali pinjamannya kepada pihak bank, akhirnya penjaminlah yang terpaksa menanggung akibatnya. Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang individu mengenai bapanya yang menjadi mangsa keadaan kerana baik hati menjadi penjamin kepada darah daging sendiri. Bukan setakat diisytiharkan bankrap, malah terlalu banyak kesulitan yang terpaksa ditempuhi sepanjang tempoh 20 tahun memegang status muflis. "Ayah saya cuma penjamin 33 tahun lepas. Naik turun mahkamah berpuluh tahun, akhir sekali saya bawa dia buat bayaran tahun lepas. "Di umur ayah saya 64 tahun, baru-baru ini dapat surat pelepasan yang kami tunggu-tunggu selama 20 tahun menjadi bankrupsi. Ramai yang terjerat dengan hutang kerana membantu keluarga atau saudara mara. "Nak pergi umrah pun tak boleh. Orang lain hutang, orang lain tanggung akibat. "Walaupun ayah saya dah reda dengan jalan hidup dia tapi bila dapat surat ni, saya pula yang sebak," luahnya dalam satu hantaran di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Waris terkejut arwah mak terkait hutang RM53k! Rupanya jadi penjamin anak kawan belajar overseas... Risau urusan akhirat tergantung ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi penjamin ‘loan’ kereta abang, adik serba salah nak tolak... Risau bermasam muka, banyak terhutang budi Individu tersebut turut memuat naik gambar sepucuk surat yang diterima bapanya dari Jabatan Insolvensi Malaysia, yang memaklumlan pelepasan kebankrapan di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, peminjam berkenaan merupakan adik-beradik bapanya sendiri. Sebab tu kalau bab nak tolong orang, jadi penjamin ke atau apply loan ke, saya sarankan biar kita jadi orang jahat sekejap. NETIZEN "Ni adik-beradik. Dulu-dulu nak cari orang yang boleh jamin payah... Pinjaman ni masa tu hampir setengah juta. Pinjaman perniagaan. "Sebenarnya penjamin pinjaman ni empat orang. Tapi yang bankrap hanya dua orang. "Peminjam sudah meninggal, masa hutang ni tak boleh bayar, arwah masih ada dan sihat," tulisnya lagi. Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa bapa individu berkenaan. Antara komen warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan. "Sebab tu kalau bab nak tolong orang, jadi penjamin ke atau apply loan ke, saya sarankan biar kita jadi orang jahat sekejap. "Biarlah orang nak kata kita kedekut, tak nak tolong orang, selfish. Cakaplah apa-apa. Bila raya boleh bermaaf-maafan daripada berpuluh tahun menanggung seksa macam ni. "Alhamdulillah... berakhir sudah semuanya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube