suria

Penyewa berputih mata tuan rumah enggan pulangkan deposit 8K! Rimas didesak, terus block nombor telefon

Penyewa mengharapkan deposit rumah dapat dikembalikan selepas berpindah keluar. -Gambar hiasan

BAGI penyewa, wang deposit adalah perkara penting dan sangat diperlukan apabila berpindah keluar dari mana-mana unit sewaan kediaman.

Tambahan pula jumlah deposit yang ditetapkan kebanyakan tuan rumah pada masa ini hampir mencecah RM5,000.

Menerusi hantaran tular seorang lelaki meluahkan rasa kesal apabila tuan rumah sewanya enggan memulangkan wang deposit selepas dia berpindah keluar.

Lebih menyedihkan apabila pemilik kediaman tersebut turut menyekat nombor telefonnya selepas didesak untuk memulangkan wang deposit.

Rumah atau bilik sewa merupakan keperluan masa kini. -Gambar hiasan

Rumah atau bilik sewa merupakan keperluan masa kini. -Gambar hiasan

Mendedahkan situasi yang dialami, ujarnya, rumah sewa tersebut telah didiami selama empat tahun dan tidak mempunyai masalah tunggakan bayaran mahupun bil utiliti.

"Saya menyewa rumah dah empat tahun, tak ada tunggakan apa-apa dan tidak ada kerosakan apa-apa.

"Semasa masuk tu, saya baiki sendiri setiap kerosakan yang sedia ada sebab kipas, suis, pintu, kepala paip dan singki memang tak boleh digunakan.

"Setiap baik pulih dan kos yang dikeluarkan tidak ditolak daripada duit sewa," katanya yang berpindah keluar pada Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buli penyewa, cari alasan nak halau lepas 2 bulan sewa... Rupanya taktik nak ‘burn’ duit deposit!

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah keluar, ‘owner’ enggan pulangkan deposit... Tolak segala kos baik pulih sepanjang tempoh sewaan

Menurut lelaki ini, dia terpaksa berpindah selepas tuan rumah enggan meneruskan kontrak sewaan dengan alasan ingin menjual unit kediaman tersebut.

Memperincikan jumlah deposit yang diberikan, ujarnya, tuan rumah telah menetapkan bayaran sebanyak RM5,000 iaitu berkonsepkan 2+1 dan pendahuluan utiliti sebanyak RM500.

"Sewa bulanan rumah adalah RM1,500. Saya ada buat bayaran lebih RM3,000 sebab kebiasaannya saya akan membayar untuk tempoh tiga bulan," tambahnya sambil menyatakan terdapat perjanjian sewaan sepanjang menghuni rumah itu.

Menurut lelaki ini, jumlah keseluruhan wang yang sepatutnya diperoleh daripada tuan rumah adalah sebanyak RM8,000.

Pergi mahkamah majistret minta borang tuntutan kecil, modal tak sampai RM100 dengan syarat kena ada alamat rumah terkini tuan rumah.

WARGA MAYA

Buntu dengan sikap tuan rumah yang tidak bertimbang rasa, dia turut mendapatkan pandangan peguam dan pakar perundangan di laman Facebook Tanya Peguam.

Bagi lelaki ini, dia berhak untuk mendapatkan semula bayaran deposit tersebut kerana tidak mempunyai tunggakan sewa dan utiliti di samping telah membuat bayaran lebihan.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya bersimpati dengan nasibnya kerana telah menjadi mangsa penipuan rumah sewa.

Tidak kurang juga yang memberi tunjuk ajar kepadanya untuk menuntut semula bayaran lebihan bersama deposit.

Warga maya memberi cadangan masing-masing di ruangan komen.

Warga maya memberi cadangan masing-masing di ruangan komen.

"Lepas buat aduan pada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), lapor pada polis kemudian beli nombor telefon baru dan hantar mesej bukti laporan pada tuan rumah. Masukkan semua butiran lanjut yang ada.

"Pergi mahkamah majistret minta borang tuntutan kecil, modal tak sampai RM100 dengan syarat kena ada alamat rumah terkini tuan rumah. Maksimum tuntutan RM5,000 dan tak perlu peguam.

"Buat cover report dulu dan duduk situ macam biasa. Sampai masa tuan rumah akan datang jumpa untuk minta keluar dan awak boleh tuntut semuanya," demikian cadangan warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama dan terpaksa berputih mata apabila tuan rumah enggan memulangkan deposit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain