suria

Duit salam kaut tak ‘masyuk’, pengantin bertelagah lepas 3 bulan nikah... Tak cukup nak bayar hutang majlis kahwin

Seorang lelaki meluahkan mengenai kehidupannya bersama isteri selepas baru berkahwin. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN sebagai pengantin baharu tentunya manis kerana sedang melalui fasa awal rumah tangga.

Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri yang baru bernikah ini ini, perjalalan hidup mereka tidak indah seperti diimpikan.

Membuat luahan di media sosial, pengantin lelaki berkata dia baru mendirikan rumah tangga selama tiga bulan, malah baru selesai majlis bertandang.

Namun dia tidak menjangkakan masalah timbul satu persatu selepas kedua-dua mereka membuat keputusan untuk berhutang bagi melangsungkan majlis perkahwinan.

Suami isteri berhutang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. -Gamba hiasan

"Saya dan isteri masing-masing kongsi 50-50 untuk duit kahwin sebelah keluarga saya. Kami berdua ada hutang dengan kawan-kawan masing-masing.

"Tapi untuk majlis sebelah perempuan, hantaran RM10,000 semuanya daripada saya," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Tanpa mendedahkan jumlah wang yang dipinjam daripada rakan-rakan, dia dan isteri pada mulanya bercadang untuk membayar balik hutang-hutang tersebut menggunakan duit 'salam kaut' yang diterima pada majlis kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua

ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun sara keluarga, jadi tukang bayar loan bank dan hutang Ah Long suami... Isteri tak pernah tahu mana pergi wang dipinjam

Salam kaut merupakan tradisi pemberian wang sagu hati atau sedekah seikhlas hati kepada tuan rumah yang menganjurkan majlis.

"Tapi duit 'salam kaut' yang kami dapat tak seberapa dan tak mampu nak bayar semula hutang kawan-kawan melainkan kami bayar secara bulanan atau sikit-sikit," ujarnya.

Duit 'salam kaut' tidak dapat melangsaikan segala hutang. -Gambar hiasan

Dalam kesulitan untuk melangsaikan hutang, lelaki ini bertambah tertekan dengan sikap isteri yang tidak menjaga aib dirinya dengan bercerita yang buruk tentang suami.

"Isteri saya ada bercerita pada dua kawan rapat dia mengenai masalah hutang kami. Dan dia beritahu segala hutang yang saya hadapi.

"Isteri saya juga bercerita keburukan tentang ahli keluarga saya, juga berkaitan hal kewangan.

Kahwin sampai berhutang, bersederhana kan bagus.

WARGA MAYA

"Adakah tindakan isteri itu salah? Sebab saya amat terkilan apabila dia menceritakan segala aib saya dan keluarga mengenai kewangan," luahnya lagi.

Niat asalnya sekadar mahu meluahkan dan bertanyakan pandangan, dia sebaliknya dikritik gara-gara berhutang demi melangsungkan majlis perkahwinan.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Pada masa sama, segelintir warganet menasihatkan supaya berbincang bersama isteri bagi menyelesaikan isu tersebut bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

"Kahwin sampai berhutang, bersederhana kan bagus. Sekarang, masing-masing menanggung susah dan malu. Tanggunglah sendiri... sendiri yang nak kahwin mewah.

"Masih di awal perkahwinan. Masa inilah tegur apa yang patut, lentur mana yang perlu dan ajar apa yang perlu.

"Usia perkahwinan pun baru tiga bulan. Apa nak dimalukan, hutang kahwin pun. Cuma berusaha untuk bayar," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain