suria

Orang lain tayang hadiah beranak, wanita teringin tapi suami tak layan... Bagi merasa CL 3 hari je, itu pun lepas didesak

Seorang suami seharusnya menghargai isteri yang berkorban melahirkan zuriat. -Gambar hiasan

SEMBILAN bulan 'bawa perut', menahan segala alahan sehinggalah bertarung nyawa demi melahirkan satu nyawa ke dunia, alangkah bertuahnya isteri jika pengorbanannya dihargai suami.

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh para suami untuk menghargai isteri masing-masing, termasuklah menjaga dengan baik ketika waktu berpantang, membantu menguruskan kerja rumah, memberi hadiah dan sebagainya.

Namun tidak bagi seorang wanita ini yang meluahkan rasa sedih ekoran suaminya seolah-olah tidak menghargai pengorbanannya melahirkan zuriat mereka.

pic 2

Luahan wanita berkenaan yang mengundang perhatian netizen.

"Sekadar luahan hati. Ada beberapa orang kawan saya beranak... suami mereka bagi hadiah macam-macam.

"Tapi bila saya minta suami hadiah beranak, dia bagi macam-macam alasan.

"CL (confinement lady) pun dapat tiga hari je... itu pun saya desak-desak nak ada CL," luahnya dalam satu laman grup Facebook.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, dia bukan meminta layanan seperti seorang puteri tetapi cukuplah dengan sikap prihatin suami terhadap seorang isterinya yang baru bertarung nyawa melahirkan zuriat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki merana dapat isteri baran, lambat bagi duit terus hayun penumbuk! Paling keji kepala suami sendiri pun ditendang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran bincang bab pengasuh, suruh isteri ‘resign’ jaga anak! Wanita kerja ‘gomen’ resah fikir hutang rumah, 2 buah kereta

"Sekarang dah habis pantang, tak ada nak tanya isteri nak apa ke. Minta maaf kadang-kadang saya nangis sendirian.

"Barang baby semua cukup Alhamdulilah. Salah ke saya pun ada keinginan untuk dihargai?

"Saya kadang fikir tak sabar nak habis cuti maternity cepat-cepat. Naik kerja supaya tak stres," luahnya lagi.

Inilah bahaya kalau terpengaruh dengan media sosial, dengan drama dekat televisyen.

NETIZEN

Perkongsian wanita berkenaan bagaimanapun mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Ada yang melontarkan komen negatif terhadapnya kerana cuba membanding-bandingkan suami sendiri dengan individu lain.

"Inilah bahaya kalau terpengaruh dengan media sosial, dengan drama dekat televisyen.

"Rezeki orang lain-lain. Jangan fikir kita saja yang stres. Mungkin suami pun stres struggle cari rezeki, kita pula minta macam-macam. Ada la rezeki kita nanti," komen netizen.

pic 1

Surirumah terdedah dengan tekanan menguruskan keluarga dan kerja rumah. -Gambar hiasan

Namun ada juga yang bersimpati serta memahami kesedihan wanita berkenaan, malah ada yang turut berkongsi kisah masing-masing.

"Patut bersyukur dapat juga CL, barang baby pun lengkap. Aku ni struggle seorang diri dapat suami 'biawak hidup'.

"Faham sangat puan... lebih-lebih lagi emosi ibu-ibu lepas bersalin ni sensitif. Banyakkan berdoa dan bersabar ya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain