RAGAM pelanggan merupakan salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh pengusaha inap desa. Di aplikasi TikTok, seorang pengusaha inap desa di Terengganu turut berkongsi pengalaman buruknya berdepan tiga tetamu berbangsa Arab. Menurut pemilik TikTok Ayla Homestay, tiga tetamu itu bukan sahaja tidak menjaga kebersihan, malah gagal mematuhi arahan yang ditetapkan. Antara kerosakan yang berlaku di inap desa itu. "Saja nak kongsi. Setakat ni kita pernah terima lebih kurang tiga tetamu orang Arab. Tapi semuanya memang berperangai buruk. "Yang pertama, pakai selipar dalam rumah. Pelik juga kan. Ingat mat salih je jenis pakai selipar dalam rumah," ujarnya memulakan cerita. Menurut pengusaha itu lagi, tetamu kedua turut membawa masalah buatnya apabila gagal mendaftar keluar pada waktu yang ditetapkan. Kita maklumkan daftar keluar pukul 12. Mereka akan daftar keluar pukul 2 atau 3 petang. PENGUSAHA INAP DESA Paling teruk katanya, terdapat tetamu berbangsa Arab yang meninggalkan bau busuk di dalam inap desanya, termasuklah pada cadar. "Yang kedua, memang tak makan saman. Tak ikut peraturan. Kita maklumkan daftar keluar pukul 12. Mereka akan daftar keluar pukul 2 atau 3 petang. Kesian housekeeping terpaksa bergegas cuci sebab pukul 3 tetamu seterusnya nak masuk pula. "Yang ketiga ini selalu housekeeping mengadu. Tandas tu memang akan sangat hancing macam mereka kencing merata. Kes paling teruk pernah housekeeping beritahu cadar tu bau hancing sangat," ujar pengusaha inap desa itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik homestay dituduh samakan penyewa dengan ayam sebab beri beras murah, hina makanan sedekah ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu serba salah nak check in homestay! Ada katil hospital, siling lopong... Orang terakhir tinggal di situ dah meninggal Menjawab komen seorang netizen, pengusaha inap desa itu menafikan dia berniat memburukkan bangsa Arab, sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman sahaja. "Saya tak burukkan semua pun sis. Saya cakap pasal tiga orang tetamu yang pernah saya ambil yang berbangsa Arab. Dah mention siap-siap tiga orang guest," jelasnya menjawab komen seorang netizen. Pengusaha inap desa itu turut berkongsi pengalamannya ketika menerima tetamu dari negara China. Ruangan indah yang memberi keselesaan buat tetamu di inap desa itu. "Ya pernah dapat tetamu dari China. Memang bagus dan sangat sopan. Mula-mula takut nak terima sebab kita dengar macam-macam tentang bangsa mereka. Tapi mereka bagus. Rumah tak bersepah, sampah ikat kemas-kemas," ceritanya. Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu lain turut berkongsi pengalaman kurang menyenangkan mereka bersama individu dari negara Arab. "Pernah mereka sewa bilik. Mereka sertai karnival jual Kunafa, duduk tujuh hari. Pendingin hawa tak pernah tutup walaupun dia keluar berniaga. Hisap shisha dalam bilik. Habis cadar berlubang dan bau kunafa. "Dah biasa dengan kerenah mereka. Siapa yang kerja bahagian perhotelan mesti tahu," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube