JUMLAH gaji merupakan maklumat sulit yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain. Malah, kita juga dilarang bercerita tentang pendapatan bulanan dengan rakan sekerja untuk mengelakkan situasi tidak sepatutnya dalam sesebuah organisasi. Di platform X, seorang wanita berusia 27 tahun tular selepas berkongsi cerita tentang perbezaan jumlah gaji di tempat kerjanya. Gaji yang rendah boleh memberi kesan terhadap motivasi pekerja. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia baru sahaja mendapat tahu gaji yang diterima pekerja baharu jauh lebih tinggi berbanding pendapatan bulanannya. Perkara itu menyebabkan dia kini mula hilang motivasi untuk terus berusaha membina kerjayanya. "Saya baru kerja di syarikat sekarang dalam setahun lebih dengan gaji pokok RM,2500. Ia tak termasuk elaun. Awak tak dihargai. Mulakan pencarian kerja atau cuba berbincang untuk kenaikan gaji. NETIZEN "Saya kena latih pekerja baharu tapi saya baru tahu, gaji pokok pekerja itu RM3,400. Saya hilang motivasi untuk kerja," luah pengadu. Di ruangan komen, terdapat netizen yang memberi saranan kepada wanita itu agar dia mencari peluang kerja di tempat baharu. "Cari kerja baharu dan serahkan surat letak jawatan. Awak pun memang dah hilang motivasi untuk kerja di situ. ARTIKEL BERKAITAN: Individu tipu bank guna slip gaji palsu, terkejut HR pun dapat tahu... Ramai syak hukuman buang kerja menanti! ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua "Sebab itulah soal gaji sangat sulit dan tak boleh didedahkan kepada rakan sekerja. "Awak tak dihargai. Mulakan pencarian kerja atau cuba berbincang untuk kenaikan gaji," tulis netizen. Namun, ramai juga yang tidak menyokong luahannya itu kerana tangga gaji setiap pekerja berbeza mengikut kelayakan, pengalaman serta jawatan. Setiap calon perlu bijak 'menjual' diri ketika sesi temuduga kerja. -Gambar hiasan "Kena faham, yang baru masuk kerja tak semestinya gaji setara atau bawah dari yang dah lama kerja. Kalau dia pandai promote diri dia tak mustahil untuk newbie tu masuk dengan gaji lagi tinggi. "Itu antara dia dengan pihak HR (Sumber Manusia), pandai 'goreng' boleh dapat lebih. "Entah-entah dia ada master luar negara sebab tu gaji dia tinggi berbanding awak," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube