suria

Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci

Ada segelintir suami sering menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan marah dan geram. -Gambar hiasan

SESEORANG yang sedang marah atau berada dalam emosi yang kurang stabil cenderung untuk bertindak di luar kawalan dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Namun bukanlah sesuatu yang normal apabila perkataan kesat dan kasar sering keluar daripada mulut pasangan kita sendiri.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa sedih lantaran suaminya gemar menggelarnya dengan panggilan kurang enak setiap kali bergaduh.

"Time pregnant saya dan suami bergaduh besar, suami cakap saya 'anak haram' banyak kali dan suami pernah pukul, tumbuk saya sampai terjatuh.

"Sampaikan perut saya sakit. Saya tak tahan, tak kuat... saya bertahan sebab anak-anak.

"Sekarang saya dalam berpantang, saya dan suami kerap bergaduh. Sumpah saya stres, penat... saya nangis macam orang gila.

isteri 2

Komunikasi adalah cara terbaik untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham. -Gambar hiasan

"Anak saya tiga orang. Tadi pun suami cakap saya 'anak haram' lagi. Saya melahirkan anak dia dari anak pertama sampai anak ketiga, tak pernah pun cakap terima kasih melahirkan anak dia," kongsinya.

Menerusi luahan yang dibuat di satu laman grup Facebook, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu turut mendakwa dia sering diherdik oleh keluarga suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat bela ‘biawak hidup’, suami goyang kaki habiskan duit niaga nasi lemak... Nak beli rokok pun minta isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kemas rumah ala kadar, tak pulun mengemas sampai semua nampak sempurna! Hasilnya hidup lebih bahagia, kurang stres

"Family dia hina saya... suami tak pernah pun pertahankan isterinya. Mak, kakak dia hina caci saya, cakap saya perempuan itu ini.

"Bodoh sangat ke saya ni sanggup buang family sendiri demi suami padahal suami tak pernah pertahankan saya depan family dia. Sumpah saya sedih," luahnya.

Dah anak tiga baru rasa tak tahan ke? Lelaki bila dah mula menghina, angkat tangan, tak payah tunggu lama.

NETIZEN

Ibu kepada tiga cahaya itu mengakui dia sememangnya berstatus anak tidak sah taraf, namun ujarnya, perkara tersebut tidak wajar dijadikan sebab untuk dirinya dimaki sesuka hati.

"Ya saya memang anak tak sah taraf sampaikan saya terasa hati. Saya ke yang nak jadi anak tak sah taraf? Salah saya ke? Hina sangat ke saya? Ya Allah stres saya... korang macam mana ye nak bercerai," luahnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Segelintir netizen menyalahkan wanita berkenaan kerana masih bertahan malah melabelnya sebagai bodoh, namun sebahagian lagi memberi kata semangat dan menyarankan dirinya supaya segera bertindak sebelum terlambat.

komen isteri

Sebahagian netizen menyarankan wanita berkenaan supaya berpisah dengan suaminya.

"Dah anak tiga baru rasa tak tahan ke? Lelaki bila dah mula menghina, angkat tangan, tak payah tunggu lama.

"Mula-mula sis balik rumah keluarga. Lepas tu pergi pejabat agama minta cerai. Kalau ada bukti lagi bagus bawa sekali.

"Kalau tunggu lagi, mahu beranak lagi akan keempat dan kelima sis. Buat pilihan bijak. Kita perempuan ada hak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia